Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Program Perolehan UAS-MALE Masih Diperingkat Proses Penilaian – Panglima TUDM

Bercakap di dalam temuramah dengan majalah pertahanan, Asia Defence Journal keluaran Julai-Ogos, beliau berkata, terdapat dua fasa di dalam proses penilaian iaitu Tender Document Evaluation (TDE) dan Physical Evaluation (PE).

0 7,237

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Program perolehan Unmanned Aerial Vehicle (UAS)- MALE (Medium Altitude Long Endurance) oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih lagi di peringkat proses penilaian (evaluation), menurut Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Bercakap di dalam temuramah dengan majalah pertahanan, Asia Defence Journal (ADJ) keluaran Julai-Ogos, beliau berkata, terdapat dua fasa di dalam proses penilaian iaitu Tender Document Evaluation (TDE) dan Physical Evaluation (PE).

“Fasa TDE baru sahaja selesai dan sedang menunggu fasa PE untuk bermula. TUDM berkeyakinan bahawa perolehan UAS (Unmanned Aerial System) MALE akan dapat direalisasikan selaras dengan program yang dirancang oleh TUDM iaitu CAP 55 (Capability Development 2055),” kata beliau dalam temuramah itu.

Ogos tahun lepas, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa untuk mendapatkan tiga buah UAS-MALE dan tender itu telah pun ditutup pada 26 November 2020.

Setakat ini, kita masih tidak tahu, syarikat-syarikat mana yang bersaing untuk membekalkan tiga buah UAS-MALE itu kepada TUDM.

TAi Anka
Pesawat Tanpa Pemandu “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries.

 

Secara keseluruhannya, TUDM mempunyai keperluan enam buah UAS-MALE yang berkemungkinan akan diperolehinya pada Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan dilaksanakan pada tahun 2026-2030.

Pada Oktober tahun lepas, taklimat juga telah dianjurkan oleh Tim UAS TUDM, Bahagian Perolehan 3 (PERO 3), Kementerian Pertahanan dengan kerjasama TUDM dan Bahagian Industri Pertahanan bagi Tender Terbuka Antarabangsa.

Taklimat itu telah disertai oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang menyatakan minat untuk UAS-MALE kepada kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

Antara calon-calon yang dipercayai menyertai tender antarabangsa untuk membekalkan sistem UAS MALE ini adalah Turkish Aerospace Industries (TAI) “Anka”, Predator B daripada syarikat General Atomics, Wing Loong daripada Chengdu Aircraft Industry Group (CAIC),  Patroller daripada Safran dan CH-4 daripada China Aerospace Science and Technology Corporation.

Predator B
UAV Predator B oleh syarikat General Atomics juga dijangka sertai proses tender Kementerian Pertahanan Malaysia itu.

 

Sebuah lagi syarikat pembuat dron terkemuka Turki, Baykar Makina juga dijangka turut serta dalam tender itu.

Jika Baykar Makina turut serta dalam tender itu, sudah pasti ia menaruhkan “Bayraktar TB2/TB3” untuk menarik perhatian Malaysia.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...