Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi Intai Perolehan Eurofighter Typhoon Dilengkapi Radar AESA ECRS Mk2

Terkini, laporan menyatakan bahawa Arab Saudi berkemungkinan sedang berusaha untuk mendapatkan varian pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang dilengkapi dengan radar terkini dipanggil European Common Radar System (ECRS) Mk2  dibangunkan oleh syarikat BAE Systems and Leonardo UK. 

1,506

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa tahun lepas kerajaan Jerman telah menghalang penjualan Eurofighter Typhoon kepada Arab Saudi, tetapi pendirian tegas negara itu berubah apabila Perancis “memasuki gelanggang” dengan menawarkan pesawat pejuang Rafale kepada Riyadh.

Perancis dan Arab Saudi dilaporkan telah memulakan rundingan perolehan sebanyak 54 buah pesawat pejuang Rafale.

Beberapa minggu selepas laporan tentang rundingan di antara Paris dan Riyadh itu, kerajaan Jerman secara tiba-tiba dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menghalang usaha Britain untuk menjual lebih banyak pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Arab Saudi.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock.

Sebagaimana dipetik oleh agensi berita DPA, beliau berkata, keputusan membenarkan penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu kepada Arab Saudi adalah kerana negara Arab itu membantu menjaga keselamatan Israel.

Typhoon

Arab Saudi dianggap menjaga keselamatan Israel selepas sistem pertahanan udara miliki Riyadh telah bertindak menembak jatuh peluru-peluru berpandu dan dron berani mati dilancar kumpulan bersenjata Houthi terhadap Israel.

“Kerajaan Jerman tidak akan menghalang idea Britain untuk menjual lebih banyak pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Arab Saudi. Arab Saudi adalah penyumbang utama kepada keselamatan Israel dan negara Arab juga membantu dalam menghalang risiko konflik yang lebih meluas di rantau itu,”kata Menteri Luar Jerman itu.

Terkini, laporan menyatakan bahawa Arab Saudi berkemungkinan sedang berusaha untuk mendapatkan varian pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang dilengkapi dengan radar terkini dipanggil European Common Radar System (ECRS) Mk2  dibangunkan oleh syarikat BAE Systems and Leonardo UK. 

Radar AESA (Active Electronically Scanned Array) ECRS Mk2 yang akan mula menjalani ujian pada tahun ini memperkuatkan lagi kemampuan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu untuk mengawal ruang udara dan memberikan kemampuan tertinggi di dalam peperangan elektronik.

 Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibina oleh konsortium empat buah negara Eropah terdiri daripada Britain, Jerman, Sepanyol dan Itali.

Typhoon
Eurofighter Typhoon

 

Sebarang penjualan pesawat pejuang itu perlu dipersetujui oleh keempat-empat buah negara.

Cadangan penjualan 48 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Riyadh berhadapan masalah selepas kerajaan Jerman pada 2018 bertindak menggantung penjualan sebarang senjata kepada Arab Saudi berikutan penculikan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Urusniaga penjualan pesawat Eurofigher Typhoon kepada Arab Saudi itu berhadapan lebih banyak masalah apabila mahkamah British pada 2019 mengharamkan sebarang eksport senjata kepada negara Arab itu kerana tindakan tenteranya mengebom Yemen.

Bagaimanapun, akibat gencatan senjata di Yemen, Britain kini mahu meneruskan penjualan 48 buah pesawat Eurofighter Typhoon itu.

Britain memberi tekanan terhadap Jerman supaya bersetuju meneruskan penjualan itu.

London menyatakan Jerman tidak lagi mempunyai alasan untuk menghalang penjualan pesawat pejuang Eurofighter itu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lepas memeterai perjanjian gencatan senjata antara Arab Saudi dan Yemen.

Typhoon

Lima tahun lepas, Arab Saudi dan United Kingdom menandatangani Memorandum Niat (Memorandum of Intent) mengenai hasrat negara Arab itu untuk membeli 48 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon, bagi menambah pesawat pejuang itu yang sudah pun berada di dalam pegangannya.

Namun sehingga ini, negara Arab itu masih tertunggu-tunggu sama ada hasratnya untuk memperolehi pesawat pejuang itu akan dapat direalisasikan atau tidak.

Perolehan itu sekiranya berjaya dilaksanakan, akan menjadikan keseluruhan jumlah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Arab Saudi kepada 120 buah, memandangkan Riyadh telah pun memiliki 48 buah pesawat pejuang generasi itu.  — DSA

To contact email: [email protected] 

Comments are closed.