Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Itu “Oreshnik”, Peluru Berpandu Ballistik Jarak Sederhana Terbaru Russia

Peluru berpandu ballistik jarak sederhana terbaru Russia, “Oreshnik” didakwa dilengkapai dengan keupayaan -- Multiple Independently Targetable Re-entry Vehicles (MIRV), iaitu kepala peledak berasingan yang boleh menyerang pelbagai sasaran.

6,727
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Presiden Vladimir Putin mengesahkan bahawa Russia telah melancarkan peluru berpandu ballistik jarak sederhana berkelajuanan hipersonik terbaru mereka dipanggil “Oreshnik” terhadap Dnipro, Ukraine.
Pelancaran peluru berpandu terbaru Russia dikenali dengan nama “Oreshnik” terhadap bandar Dnipro itu adalah sebagai tindak balas bedilan peluru-peluru berpandu kruis Storm Shadow dan ATACMS buatan Amerika Syarikat dan Britain oleh Kiev terhadap Wilayah Kursk di Russia beberapa hari sebelum itu.
Apakah Itu “Oreshnik” (Pokok Hazel)?
Apa yang diperkatakan oleh Vladimir Putin?
Presiden Russia menyatakan bahawa peperangan di Ukraine sedang menuju ke arah konflik global selepas Amerika Syarikat dan Britain membenarkan Kiev menyerang wilayah Rusia dengan peluru berpandu jarak jauh mereka.
Beliau memberi amaran kepada Barat bahawa Moscow juga mampu melakukan serangan balas.
Sebagai tindak balas langsung terhadap serangan Ukraine menggunakan peluru berpandu Amerika Syarikat dan Britain pada 21 November, Putin berkata Rusia telah melancarkan peluru berpandu “Oreshnik”, salah satu peluru berpandu ballistik jarak sederhana berkelajuan hipersonik terbaru mereka, ke pusat perindustrian mereka di bandar Dnipro, Ukraine.
Dnipro menempatkan kemudahan pengeluaran peluru berpandu dan roket angkasa (space rocket) milik syarikat Ukraine dikenali dengan nama Pivdenmash atau Yuzhmash di kalangan rakyat Russia.
RS-26
RS-26 Rubezh
Apa Yang Diketahui Tentang Peluru Berpandu Terbaru Russia Itu!!
Putin menjelaskan bahawa “Oreshnik” adalah peluru berpandu ballistik jarak sederhana yang memiliki kelajuan hipersonik.
  • Peluru berpandu ballistik jarak sederhana (Middle Range Ballistic Missile – MRBM) berkelajuan hipersonik sehingga Mach 10 itu berkemampuan meluncur sepuluh kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi, menjadikannya mustahil untuk dipintas oleh apa-apa sistem pertahanan udara,sama ada Patriot, THAAD atau sistem Anti-Ballistic Missile (ABM) yang wujud di pasaran ketika ini.
  • Sumber Rusia mendakwa peluru berpandu “Oreshnik” itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 5,000 km, membolehkan ia membedil sasaran di kebanyakan bahagian Eropah dan pantai barat Amerika Syarikat.
  • Peluru berpandu ballistik jarak sederhana terbaru Russia, “Oreshnik” didakwa dilengkapai dengan keupayaan — Multiple Independently Targetable Re-entry Vehicles (MIRV), iaitu kepala peledak berasingan yang boleh menyerang pelbagai sasaran.
Menurut pakar ketenteraan Russia, Anatoly Matviychuk, “Oreshnik” boleh membawa di antara enam hingga lapan kepala peledak konvensional atau nuklear.
Yuri Podolyaka, seorang blogger ketenteraan pro-Russia kelahiran Ukraine, menyatakan bahawa peluru berpandu “Oreshnik”  mungkin telah berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Russia pada ketika ini.
Pentagon pula mendakwa peluru berpandu yang digunakan Russia ini, “Oreshnik” adalah berasaskan kepada peluru berpandu ballistik antara benua (Intercontinental Ballistic Missile – ICBM) RS-26 Rubezh.

ICBM

Laporan juga menyatakan bahawa bahawa Amerika Syarikat telah dimaklumkan mengenai serangan “Oreshnik” terhadap kemudahan tentera di bandar Dnipro kira-kira 30 minit lebih awal melalui mekanisme pengurangan risiko peperangan nuklear antara kedua-dua negara.
Apa Kata Pihak Berkuasa Ukraine?
Tentera  Udara Ukraine mendakwa bahawa Russia telah melancarkan peluru berpandu ICBM terhadap bandar Dnipro, tetapi Amerika Syarikat menafikan dakwaan itu kerana peluru berpandu ICBM mempunyai jarak bedilan lebih daripada 5,500 km.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menyifatkan serangan Russia terhadap bandar Dnipro dengan peluru berpandu jenis baru itu sebagai “peningkatan konflik yang jelas dan serius” serta menggesa kecaman global.
Apakah Peluru Berpandu ICBM RS-26 Rubezh?
  • RS-26 Rubezh adalah peluru berpandu balistik yang menggunakan bahan bakar pepejal dan mudah alih di jalan raya. Ia mula dibangunkan pada tahun 2008.
  • Pada 2019, Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Intermediate-Range Nuclear Forces (INF) 1987 dengan Rusia selepas mendakwa Moscow melanggar perjanjian itu, tuduhan yang dinafikan Kremlin.
  • Amerika Syarikat pada masa itu menyatakan bahawa Rusia sedang membangunkan peluru berpandu jelajah darat (dikenali sebagai 9M729 di Rusia), yang berbeza daripada RS-26. — DSA

Comments are closed.