Apa Akan Jadi Jika China Tingkatkan Kekerapan Pencerobohan Terhadap Malaysia?
Bagaimana pula sekiranya penerbangan-penerbangan atau pencerobohan itu bukan lagi dilakukan oleh pesawat-pesawat pengangkut (Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20 yang bergerak perlahan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini tetapi diketuai oleh pesawat-pesawat supersonik MRCA Tentera Udara China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Apa akan jadi jika pada masa depan nanti, tentera China mempertingkatkan penerbangan atau pencerobohan pesawat tenteranya di ruang udara Malaysia, sebagaimana yang berlaku pada 31 Mei yang lepas.
Bagaimana pula sekiranya penerbangan-penerbangan atau pencerobohan itu bukan lagi dilakukan oleh pesawat-pesawat pengangkut (Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20 yang bergerak perlahan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini tetapi diketuai oleh pesawat-pesawat supersonik MRCA Tentera Udara China seperti J-20 ke.
Itulah yang dipersoalkan oleh Felo Penyelidikan di Regional Security Architecture Programme di S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) Singapura, Dr Wu Shang-Su sebagaimana dipetik oleh portal Channel News Asia.
Beliau menimbulkan pertanyaan sama ada sejumlah kecil pesawat pejuang Hawk 209 atau Hawk 108, lapan buah pesawat FA-18D Hornet dan 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dimiliki oleh TUDM berkemampuan menangani cabaran peningkatan intensiti pencerobohan pesawat-pesawat pejuang supersonik Tentera China pada masa depan.
Bagaimanakah respons TUDM jika Beijing mempertingkatkan kekerapan pencerobohan itu, sebagaimana yang dilakukannya terhadap negara-negara lain seperti Taiwan dan Jepun.

China hanya perlu “park” salah sebuah kapal pengangkut pesawatnya di Kepulauan Spratly atau pesawat-pesawat pejuangnya berlepas daripada salah satu “pulau buatan manusianya” di Laut China Selatan, jika ia bercadang mempertingkatkan kekerapan penerbangan pesawat-pesawatnya berhampiran ruang udara Malaysia.
Ia boleh mula melakukannya esok, jika ia mahu.
Di dalam kes Taiwan, pencerobohan terhadap ADIZ Taiwan bukan hanya dilakukan oleh oleh satu dua pesawat pengangkut, tetapi sehingga berbelas-belas pesawat tentera ( ada sehingga 24 pesawat tentera dalam satu masa) melibatkan pelbagai jenis termasuk pesawat pejuang supersonik, pesawat pengebom dan MPA serta AEWC.
Dan pencerobohan pesawat-pesawat China terhadap ADIZ Taiwan mahupun Jepun berlaku hampir setiap hari.
Wu Shang mempersoalkan sama ada TUDM telah bersedia sekiranya China meningkatkan kekerapan pencerobohan pesawat tenteranya kepada setiap hari, menambah bilangan pesawat yang menceroboh serta kecanggihan pesawat itu.
Comments are closed.