Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Terima 4 Rapid Intervention Vehicle (RIV) Untuk Komando GGK

Kenderaan Rapid Intervention Vehicle (RIV) itu telah diubahsuai daripada Toyota Hilux bagi disesuaikan untuk kegunaan anggota pasukan komando bagi tujuan operasi penyelamatan tebusan dan operasi-operasi khas yang lain termasuk menggempur kedudukan pengganas.

0 4,530

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat telah menerima empat buah kenderaan Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang akan digunakan oleh anggota komando daripada Grup Gerak Khas (GGK).

Majlis penyerahan aset-aset terbaru untuk Tentera Darat itu telah diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP) baru-baru ini,dengan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menerima aset-aset itu bagi pihak tentera darat.

Kenderaan-kenderaan RIV untuk pasukan komando dibekalkan oleh sebuah syarikat tempatan.

Tentera Darat
(kredit BTDM)

 

Difahamkan kenderaan RIV itu diubahsuai daripada Toyota Hilux bagi disesuaikan untuk kegunaan anggota pasukan komando tentera darat bagi tujuan operasi penyelamatan tebusan dan operasi-operasi khas yang lain termasuk menggempur kedudukan pengganas.

Antara kelengkapan yang dilengkapkan pada kenderaan RIV itu adalah platform dan ramp untuk memudahkan pergerakan anggota pasukan khas di dalam satu-satu operasi untuk menyelamat tebusan.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk memperolehi empat buah RIV beserta 16 buah Special Operation Vehicles (SOV) pada tahun 2020.

Komando
Komando ATM, TNI menggunakan kenderaan RIV dalam latihan pengempuran sempena LATGABMA DARSASA di Pekan. (kredit FB My Joint Force)

 

Dalam Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) 11AB/2023 yang diadakan di Pekan, Pahang baru-baru ini, gabungan pasukan komandi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut menggunakan kenderaan RIV dalam operasi penggempuran terhadap “sarang pengganas.”

Menurut kenyataan daripada Markas Angkatan Bersama, latihan penggempuran dilaksanakan sebagai satu sesi latihan dalam  LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023 bagi menepati konsep latihan pada kali ini iaitu menghadapi ancaman pengganas.

LATGABMA MALINDO DARSASA adalah siri latihan yang dianjurkan secara bergilir bagi setiap tiga tahun antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Tentera Darat
(kredit BTDM)
Tentera Darat
(kredit BTDM)

 

Latihan bermula pada 10 Mac lalu dan berakhir 21 Mac ini.

Selain kenderaan RIV untuk kegunaan anggota GGK, Tentera Darat turut menerima aset-aset lain termasuk 151 buah Trak 1 Tan GS Kargo serta 13 laras Heavy Machine Gun (HMG) 12.7 mm.

Tentera Darat turut menerima 1000 unit Very High Frequency (VHF) Section Set.

Selain itu, terdapat dua aset yang diperolehi secara berfasa iaitu 44 unit Boat Trailer dan dua unit Logistic Support Bridge (LSB). — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...