Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bot Tempur CB90 TLDM “Berwajah Baru”, Lebih Berkuasa

Bot CB90 yang dibangunkan oleh syarikat Sweden, Dockstavarvet boleh berfungsi diantaranya sebagai bot penyerang laju, bot rondaan atau bot bantuan kepada pasukan khas, selain boleh juga digunakan untuk tugas-tugas pemantauan dan pengumpulan maklumat perisikan.

0 8,489

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bot tempur milik Tentera Laut Diraja Malaysia, Fast Combat Boat 90 HEX 212 (CB90 HEX 212) telah selesai menjalani Program Rutin Pasang Pulih & Repowering di Kinabalu North Shipyard Sdn Bhd (KNSM).

Bot tempur yang kini berwajah baru dengan corak celoreng, turut dilengkapi dengan jentera utama yang lebih berkuasa tinggi.

Dengan corak penyamaran yang baru ini, bot tempur CB90 HEX 212 bakal meneruskan fungsinya mengawasi perairan negara dengan lebih cemerlang di Armada Timur nanti.

CB-90
(kredit TLDM)

 

Menurut kenyataan media sosial TLDM, majlis penerimaan bot tempur CB90 HEX 212 itu telah dilaksanakan di KNSM pada 14 Mac 2023.

Program refit terhadap bot kombat CB90 milik TLDM adalah antara usaha untuk mengatasi masalah keusangan aset-aset yang dimilik oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Bot kombat CB90 telah dibangunkan oleh syarikat pembuat bot Sweden, Dockstavarvet yang merupakan sebahagian daripada syarikat Saab.

CB90
(kredit TLDM)

 

Ia siap dibangunkan pada tahun 1991 dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diketahui sebagai diantara negara di Asia Tenggara yang menggunakannya.

Bot CB90 ini boleh berfungsi sebagai antaranya sebagai bot penyerang laju, bot rondaan atau bot bantuan kepada pasukan khas, selain boleh juga digunakan untuk tugas-tugas pemantauan dan pengumpulan maklumat perisikan.

Pada ketika ini terdapat lebih daripada 250 buah bot CB90 sedang berkhidmat dengan pelbagai tentera laut seluruh dunia.

CB90
(kredit TLDM)

 

Panjang keseluruhan bot CB90 ini adalah kira-kira 15 meter dan memiliki berat kira-kira 18 tan, selain boleh membawa 21 orang anggota tentera lengkap bersenjata dan 4.5 tan kargo.

Untuk persenjataan bagi bot ini, ia boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm dan 40mm pelancar grenad serta peluru berpandu jarak anti kapal jarak dekat seperti RBS17.

Bot ini boleh mencapai kelajuan sehingga 44 knot, dengan jarak maksimum operasi pada kadar 20 knot mencecah 440km.  

CB90
(kredit TLDM)

 

Bekas Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Reza Mohd Sany dilaporkan berkata bahawa kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya telah beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

Menurutnya, program pengurusan aset usang sedang dijalankan sementara menunggu ketibaan aset baru.

Pengurusan aset usang itu dilakukan menerusi tiga pendekatan merangkumi repowering (kuasa semula), obsolescence programme (program aset usang) dan obsolescence management (pengurusan aset usang). — DSA  

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...