Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron “Anka” Dilengkapi Synthetic Aperture Radar (SAR) Untuk Kesan Periuk Api Di Laut Hitam

Tentera Turki telah ,melengkapkan sistem pesawat tanpa pemandu miliknya, “ANKA” dengan Synthetic Aperture Radar (SAR) untuk melaksanakan tugasan khas iaitu mengesan periuk api laut (naval sea mines) di Laut Hitam itu yang sibuk dengan kapal-kapal komersial dan tentera. Russia dan Ukraine saling menuduh satu-sama lain tentang pihak mana yang bertanggungjawab meletakkan periuk-periuk api itu.

0 1,225

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sistem pesawat tanpa pemandu  “ANKA” milik Tentera Laut Turki telah dilengkapkan dengan radar khusus untuk mengesan periuk api yang bertaburan di Laut Hitam akibat konflik bersenjata antara Russia dan Ukraine.

Menurut kenyataan oleh Presidensi Industri Pertahanan (SSB) Turki Ismail Demir, sebanyak dua buah “ANKA” telah dilengkapkan dengan Synthetic Aperture Radar (SAR) untuk melaksanakan tugasan khas mengesan periuk api laut  (naval sea mines) di Laut Hitam itu.

Selepas ANKA yang dilengkapkan dengan radar khas itu berjaya mengesan kedudukan periuk-periuk api di Laut Hitam itu, pasukan khas tentera laut Turki dipanggil “Underwater Defense” pula akan dikerah untuk memusnahkan periuk api terbabit.

ANKA

Sistem radar SAR yang dilengkapkan pada ANKA milik Tentera Laut Turki itu telah dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat negara itu,ASELSAN yang juga boleh mengambil imej-imej resolusi tinggi daratan dan mengesan sasaran bergerak di daratan.

Radar SAR itu boleh beroperasi 24 jam sehari dan di dalam apa juga keadaan cuaca.

Sistem UAS “Anka” itu telah dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) dan bakal dimiliki oleh Malaysia yang membuat perolehan sebanyak tiga buah.

Kedua-dua pihak yang bertelagah itu dipercayai meletakkan periuk-periuk api di beberapa buah pelabuhan penting di Ukraine seperti Odessa,Mariupol dan beberapa pelabuhan lain.

ANKA

Pihak Russia mendakwa terdapat ratusan periuk api bertaburan di Laut Hitam selepas ia dihanyutkan oleh arus deras lautan akibat ribut.

Moscow mendakwa periuk-periuk api itu dipasang oleh pihak Ukraine tetapi ia dinafikan oleh Kiev yang sebaliknya mendakwa periuk api adalah milik pihak tentera Russia.

Selain mengerahkan pesawat-pesawat tanpa pemandunya seperti ANKA, Turki turut menggunakan kapal-kapal penyapu periuk api dan pesawat peronda maritim untuk mengesan kehadiran periuk-periuk api yang hanyut itu di perairannya di Laut Hitam.

ANKA

Pasukan khas tentera laut Turki telah bertindak memusnahkan periuk api ditemuinya, yang sekiranya dibiarkan boleh mendatangkan bahaya kepada kapal-kapal komersial serta tentera yang menggunakan Laut Hitam itu.

Beberapa negara seperti Turki,  Bulgaria, Romania, Georgia serta Ukraine dan Russia berkongsi Laut Hitam.

Laut Hitam itu adalah laluan maritim yang penting bagi negara-negara terbabit kerana ia digunakan oleh kapal-kapal dagang untuk mengangkut bijirin, minyak dan produk-produk petroleum ke dunia luar menerusi Selat Bosphorus di Turki.

ANKA merupakan sistem UAS Medium Altitude Long Endurace (MALE) dibangunkan oleh TAI.

Berkeupayaan dilengkapkan dengan sistem persenjataan peluru berpandu, ANKA mampu terbang selama 30 jam tanpa henti. 

ANKA

Dron kebanggaan industri pertahanan Turki itu berkemampuan melaksanakan pelbagai misi seperti Intelligence,Surveillance dan Reconnaisance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.

Kesemua kemampuan itu dilakukan secara “real-time.”

Radar Synthetic Aperture (SAR), Inverse SAR (ISAR) dan radar Ground Moving Target Indicator (GMTI) yang dibawa oleh Anka-S itu digunakan untuk mengesan, mengenalpasti dan menjejak sasaran statik atau bergerak di daratan

Selain itu,pesawat UAS-MALE Anka-S itu juga dilengkapkan dengan struktur radome yang memiliki antenna komunikasi satelit (satcom) yang berkuasa tinggi, memberikan ia komunikasi Beyond-Line-Of-Sight (BLOS) kelajuan tinggi.

Dengan kemampuan membawa muatan lebih daripada 200kg,  Anka-S mampu melaksanakan pelbagai misi bergantung kepada muatan yang dibawanya.

Anka-S dilengkapi dengan kamera electro-optic / infrared (EO / IR) generasi terkini bagi membolehkan ia mengambil gambar dan video di dalam semua jenis keadaan cuaca, tidak kira malam atau siang. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...