“Anka” Dikerah Ke Laut China Selatan, Jadi “Mata Dan Telinga” Negara
“Tiga buah dron MALE yang kita perolehi itu akan dikerah ke Laut China Selatan. Kita mesti mempunyai kemampuan mata dan telinga. Mata kita mesti mempunyai kemampuan untuk memandang jauh 350km daripada pantai, “ kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga buah sistem tanpa pemandu-MALE (Medium Altitude Long Endurance) “Anka” buatan Turkish Aerospace Industries (TAI) yang bakal diperolehi oleh Malaysia akan menjadi “mata dan telinga” negara dalam mengawasi perairan negara di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara perlu mempunyai “mata” untuk melihat dan “telinga” untuk mendengar apa sahaja yang berlaku di perairan negara terutama di Laut China Selatan.
“Tiga buah dron MALE yang kita perolehi itu akan dikerah ke Laut China Selatan. Kita mesti mempunyai kemampuan mata dan telinga. Mata kita mesti mempunyai kemampuan untuk memandang jauh 350km daripada pantai, “ kata beliau.

Menurutnya, negara mesti mengetahui apa sahaja di Laut China Selatan sebelum ia berlaku.
“Di situ (Laut China Selatan) kepentingan negara adalah amat tinggi sekali, kepentinganya melebih 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita. Ada di sana (Laut China Selatan) adalah telaga minyak dan telaga gas milik kita,” kata ketika menjawap soalan di Dewan Negara semalam.
Kata beliau, Laut China Selatan itu adalah kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.
“Banyak pencerobohan telah berlaku. Berpuluh- puluh kali perairan kita telah dicerobohi dan kita tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja perairan kita dicerobohi,” katanya sambil menambah, terdapat satu kuasa besar telah meletakkan aset-asetnya di dalam kawasan perairan negara.
Kuasa besar itu sedang meletakan aset miliknya “24 jam satu hari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun” di kawasan perairan ZEE negara, kata Mohamad Hasan.

Malaysia dijangka memperolehi varian Anka-S.
Pesawat tanpa pemandu kebanggaan industri pertahanan Turki itu berkemampuan melaksanakan pelbagai misi seperti Intelligence,Surveillance dan Reconnaisance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.
Comments are closed.