Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Ringan AMX-13, “Berusia” Tetapi Terbukti Berkesan Di Medan

Bermula daripada 1952 sehinggalah 1985, sejumlah 7,700 kereta kebal ringan itu telah dihasilkan dengan sebahagian besarnya adalah untuk kegunaan tentera Perancis manakala 3,400 buah adalah untuk pasaran eksport termasuk kepada beberapa negara di Asia Tenggara.

2,878

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta kebal ringan AMX-13 mula direkabentuk pada 1946 dan pada 1952 kereta kebal yang pertama telah berjaya dihasilkan oleh syarikat pengeluarnya iaitu Giat Industries (kini dikenali sebagai Nexter).

Bermula daripada 1952 sehinggalah 1985, sejumlah 7,700 kereta kebal ringan itu telah dihasilkan dengan sebahagian besarnya adalah untuk kegunaan tentera Perancis manakala 3,400 buah adalah untuk pasaran eksport termasuk kepada beberapa negara di Asia Tenggara.

Tidak dapat dinafikan, kereta kebal ringan AMX-13 itu merupakan di antara kereta kebal ringan paling popular di pasaran ketika di “zaman kegemilangannya”,  walaupun ia menggunakan turret yang unik iaitu “Oscillating Turret”.

Tidak banyak kereta kebal atau kenderaan tempur menggunakan teknik “Oscillating Turret” di pasaran masa kini.

Apa yang pasti,walaupun dilengkapi dengan turret yang unik, kereta kebal AMX-13 ini merupakan sistem yang telah teruji (battle proven) di beberapa medan peperangan penting dalam lipatan sejarah dunia seperti Perang Enam Hari Israel-Arab 1967, Perang Algeria, Perang Vietnam dan Perang India-Pakistan.

AMX-13

Walaupun kereta kebal ringan AMX-13 seberat 13 tan yang pertama telah dihasilkan kira-kira 70 tahun yang lalu dan produksinya telah pun ditamatkan,  namun disebabkan popularitinya, ia masih lagi digunakan oleh beberapa angkatan tentera di dunia termasuk di rantau ini.

Syarikat pembuat kereta kebal ringan itu masih lagi menawarkan kerja-kerja menaiktarafnya dengan teknologi moden untuk memastikan AMX-13 itu terus berkeupayaan untuk melaksanakan tugasnya mengikut peredaran zaman.

Antara negara yang masih menggunakan kereta kebal ringan AMX-13 adalah tentera darat negara jiran iaitu Singapura yang mula menggunakan kereta kebal ringan pada 1968 dan telah menaiktarafnya kepada varian AMX-13 SM1.

Pada suatu ketika, Singapura memilliki sejumlah 350 kereta kebal AMX-13 sebelum menamatkan khidmatnya pada 2008 selepas ia memperolehi kereta kebal utama Leopard 2SG.

Sebuah lagi negara jiran yang masih menggunakan kereta kebal ringan AMX-13 adalah Indonesia yang dikatakan memiliki sekitar 275 buah kereta kebal itu di dalam dua varian iaitu – yang dilengkapi dengan meriam 75mm dan meriam 105mm.

AMX-13

Sebagaimana dilakukan oleh Singapura, tentera Indonesia juga telah menaiktaraf AMX-13 untuk melengkapkannya dengan sistem komunikasi yang moden, Battle Management System (BMS), Remote Weapon System (RWS) dan palbagai naiktaraf yang lain bagi membolehkan ia dapat terus menggunakannya buat beberapa tahun lagi.

Namun, hayat kereta kebal ringan AMX-13 dijangka tidak lama selepas syarikat PT Pindad daripada Indonesia bekerjasama dengan FNSS Turki untuk menghasilkan kereta kebal sederhana “Kaplan MT” atau dipanggil “Harimau” oleh pihak Indonesia.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kereta kebal Harimau seberat 32 tan itu bakal menggantikan AMX-13 apabila bilangan “Harimau” yang dimiliki oleh Indonesia itu dapat dipertingkatkan.

Selagi jumlah perolehan kereta kebal sederhana “Harimau” tidak dipertingkatkan,  Indonesia akan terus bergantung kepada AMX-13 untuk beberapa tahun akan datang ini — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.