Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

UAF, Jurong Rock Caverns – Kemudahan Strategik Bawah Tanah S’pura

Antara kemudahan bawah tanah terawal yang dibina Singapura adalah – “Underground Ammunition Facility” (UAF) – yang sebagaimana namanya, adalah kemudahan untuk menyimpan peluru dan bahan letupan milik angkatan tentera republik itu. Ia adalah kemudahan penyimpanan peluru dan bahan letupan bawah tanah pertama untuk Angkatan Tentera Singapura.

2,681

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Menyedari “kekurangannya” sebagai sebuah pulau yang amat kecil dengan keluasan tanah yang amat terhad,  Singapura sejak beberapa tahun yang lalu terpaksa “berfikir di luar kotak” dengan melihat kepada ruang di bawah tanah untuk pembangunan masa depannya.

Kerajaan Singapura amat memerlukan ruang dibawah hutan konkritnya untuk menempatkan kemudahan-kemudahan strategik tentera dan industrinya. Setakat ini, kerajaan Singapura telah berjaya melakukannya. 

Antara kemudahan bawah tanah terawal yang dibina Singapura adalah – “Underground Ammunition Facility” (UAF) – yang sebagaimana namanya, adalah kemudahan untuk menyimpan peluru dan bahan letupan milik angkatan tentera republik itu.

 Ia adalah kemudahan penyimpanan peluru dan bahan letupan bawah tanah pertama untuk Angkatan Tentera Singapura.

 Dibuka secara rasmi pada 2008, kompleks itu mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan berikutan kerja-kerja pembinaannya yang menggunakan teknologi tinggi itu adalah amat kompleks sertamencabar daripada segi aspek kejuruteraan.

UAF
Underground Ammunition Facility (UAF) di Mandai, Singapura.
Lokasi UAF terletak di bawah Kuari Mandai di republik itu.

UAF itu dibangunkan dan diuruskan oleh sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap teknologi pertahanan di bawah Kementerian Pertahanan Singapura dikenali dengan nama, Defence Science and Technology Agency (DSTA).

Menurut DSTA dalam kenyataanya kepada media republik itu, UAF merupakan kemudahan simpanan peluru dan bahan letupan bawah tanah paling moden di dunia pada ketika ini.

Membina UAF telah berjaya menjimatkan kawasan seluasan kira-kira 300 hektar atau bersamaan dengan 400 padang bolasepak, yang menurut kerajaan Singapura dapat digunakan untuk perkara-perkara lain.

 Selain menjimatkan kawasan seluas 300 hektar tanah, bilangan pekerja untuk menguruskan UAF juga dikurangkan kira-kira 20 peratus berikutan penggunaan automasi dan teknologi moden berbanding operasi depot simpanan peluru dan bahan letupan konvensional.

 Kerajaan Singapura juga tidak pernah mendedahkan kedalaman bawah tanah kemudahan UAF itu atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun begitu, spekulasi mendakwa kedalaman kemudahan penyimpanan peluru Tentera Singapura itu adalah lebih daripada 100 meter.

UAF
Underground Ammunition Facility (UAF)
The Jurong Rock Caverns

Ok, selain menempatkan depot simpanan peluru dan bahan letupan di bawah tanah, Singapura juga telah membina kemudahan simpanan minyaknya di bawah tanah yang dipanggil “The Jurong Rock Caverns.”

Ia adalah kemudahan simpanan minyak bawah tanah yang pertama di rantau Asia Tenggara dan ia terletak di kedalaman kira-kira 150 meter daripada permukaan.

Projek pembinaan “The Jurong Rock Caverns” ini mengambil masa selama lapan tahun untuk siap fasa pertamanya.

Pembinaannya telah berjaya menjimatkan kawasan seluas 60 hektar bersamaan dengan 84 padang bolasepak, sekirang kemudahan simpanan minyak itu dibina dipermukaan.

Jurong
The Jurong Rock Caverns

 

“The Jurong Rock Caverns” ini dilaporkan memiliki ketinggian sembilan tingkat.

 Kos untuk membinanya kemudahan simpanan minyak itu dianggarkan sebanyak SGD$1.7 bilion (RM5.1 bilion) dan secara keseluruhannya ia berkemampuan menyimpan 1.47 juta meter padu minyak atau bersamaan dengan 580 kolam renang bersaiz Olimpik.

Jurong
The Jurong Rock Caverns

 

Dan itu hanyalah fasa pertama pembinaannya, tidak termasuk fasa seterusnya.

Walaupun tidak memiliki setitik minyak, tetapi Singapura adalah di antara pusat simpanan dan perdagangan minyak serta gas terbesar di dunia. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...