[VIDEO] Selamat Datang Meriam Bergerak “Yavuz” 155mm 52 Cal

Sumber memberitahu Defence Security Asia bahawa Kementerian Pertahanan telah menyatakan hasratnya menerusi Letter of Intent untuk memperolehi 18 buah sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal bagi memenuhi keperluan Tentera Darat.

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya, Tentera Darat Malaysia bakal menggunakan sistem meriam bergerak (wheeled self propelled howitzer) “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh syarikat gergasi industri pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE).

Sumber memberitahu Defence Security Asia bahawa Kementerian Pertahanan telah menyatakan hasratnya menerusi Letter of Intent untuk memperolehi 18 buah sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal bagi memenuhi keperluan Tentera Darat.

Syarikat MA Analytics Sdn Bhd merupakan rakan tempatan kepada MKE, dimana kedua-dua syarikat itu telah pun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) semasa International Defence Industry Fair (IDEF) di Turki pada Ogos tahun lepas.

Sumber memberitahu bahawa syarikat tempatan itu, MA Analytics telah melakukan tugas yang teliti dan komprehensif, mematuhi segala peraturan dan keperluan yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan,

Syarikat tempatan itu juga kukuh daripada segi kewangannya, dengan pengurusan kanannya dianggotai oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri pertahanan.

“Jikalau MA Analytics sebuah syarikat yang tidak kukuh sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, sudah tentu MKE yang merupakan sebuah ‘gergasi’ industri pertahanan di Turkiye tidak akan menjalin kerjasama dengan mereka,” katanya.

Baru-baru ini semasa lawatan rasminya ke Turki, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa melawat kemudahan yang dimiliki oleh MKE di Ankara.

Sumber itu menjelaskan, syarikat perlu bergerak pantas bagi memastikan sistem meriam bergerak itu dapat diserahkan kepada Kementerian Pertahanan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan setelah kontrak perjanjian ditandatangani.

“Kesemua 18 buah sistem meriam bergerak Yavuz 155mm 52 cal itu perlu dihantar kepada Kementerian Pertahanan 30 bulan selepas kontrak bernilai kira-kira hampir RM800 juta itu ditandatangani di antara kedua-dua pihak,” kata sumber itu.

Defence Security Asia difahamkan bahawa uji nilai terhadap sistem meriam bergerak “Yavuz” itu telah dilakukan di lapang sasar di Konya, Turki pada tahun lepas yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan artileri Tentera Darat.

Konya terletak kira-kira dua jam daripada Ankara.

Admin juga difahamkan bahawa Tentera Darat berpuashati dengan prestasi dan kemampuan yang ditunjukkan oleh sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh MKE yang merupakan nama besar di dalam industri pertahanan Turki.

Produk-produk keluaran syarikat MKE itu digunakan secara meluas oleh Angkatan Tentera Turki serta pelbagai angkatan tentera negara-negara luar.

“Tentera Darat telah membuat pilihan yang amat tepat dengan memilih sistem meriam ‘Yavuz’ 155mm 52 cal kerana produk-produk yang dibangunkan oleh MKE sememangnya berprestasi tinggi, berkualiti dan boleh diharap. Produk MKE juga menepati piawaian ketat oleh NATO (North Atlantic Treaty Organisation),” menurut seorang lagi sumber.

MKE merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turkiye dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.

MKE turut memegang 50 peratus saham di dalam Roketsan.

Bercakap kepada Defence Security Asia ketika pameran DSA 2022 beberapa bulan lepas, Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics Rasyad Anwar berkata MoU yang ditandatangani dengan MKE dan dua syarikat Turki lain pada Ogos tahun lepas itu bermatlamat meningkatkan industri pertahanan negara terutamanya sistem artileri dan pelbagai sistem persenjataan lain.

“Menerusi usahasama ini juga, MKE dan MA Analytics berhasrat memperkenalkan sistem Yavuz SPH kepada Tentera Darat Malaysia. Yavuz 155mm SPH merupakan antara sistem artileri terkini yang canggih dan moden,” katanya.

Menurut Rasyad lagi, sistem Yavuz SPH ini turut mempunyai keupayaan tembakan Multiple Round Simultaneous Impact (MRSI).

Keupayaan MRSI ini penting bagi mengelirukan pihak musuh di mana tiga hingga enam tembakan dapat dihasilkan daripada pelbagai sudut dongakan dalam masa 60 saat.

Sistem Yavuz SPH ini juga mempunyai kadar mobiliti yang tinggi di mana ia telah dihasilkan di atas platform kenderaan 6×6 MAN dari Jerman yang mampu membawa muatan sehingga 32 tan.

Sistem artileri bergerak ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik dan sistem kawalan penembakan daripada Aselsan.

Sistem kawalan penembakan Yavuz mampu diintegrasikan bersama Unmanned Air Vehicle (UAV) yang berfungsi untuk mendapatkan koordinat sasaran dengan lebih tepat dan pantas disamping bagi membuat “battle damage assessment”.

Rasyad memberitahu Defence Security Asia bahawa MKE adalah pemain utama industri pertahanan negara Turki.

“Ditubuhkan pada tahun 1453 Masihi, MKE telah diamanahkan untuk membekalkan senjata, peluru dan meriam kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dan fungsi itu terus kekal sehingga ke hari ini dimana MKE masih kekal sebagai pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turki.

“Kini, MKE mempunyai 11 kilang senjata berat yang menghasilkan lebih 400 produk seperti senjata ringan dan berat, peluru, roket, bahan letupan dan lain-lain yang turut dieksport ke lebih 50 negara,” kata beliau.

Menurut Rasyad, bagi kategori senjata berat, MKE menghasilkan pelbagai senjata berat termasuk sistem senjata 120mm bagi kereta kebal Altay, Boran 105mm towed howitzer, Panter 155mm towed howitzer (Panter), Firtina 155mm track Self Propelled Howitzer (Firtina SPH) dan Yavuz 155mm wheel Self Propelled Howitzer (Yavuz SPH).

Nama MKE kata beliau sememangnya tidak asing di dalam sistem persenjataan terutamanya howitzer.

Pada tahun 1994, MKE telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama ST Kinetics dari Singapura dan telah menghasilkan Panter manakala Singapura turut menghasilkan versinya yang tersendiri iaitu FH-2000 155mm 52 calibre towed howitzer.

Pegawai kanan syarikat MA Analytics Sdn Bhd dengan pegawai kanan MKE.

 

Manakala pada tahun 2007, Firtina telah dihasilkan sendiri oleh MKE menerusi R&D dan program offset pembelian K9 Thunder 155 mm SPH yang dibangunkan oleh Samsung Techwin (kini dikenali sebgai Hanhwa Techwin) dari Korea Selatan.

Beberapa penambaikan dilakukan pada Firtina terutamanya pada reka bentuk turret, sistem navigasi, sistem kawalan penembakan (FCS) dan radio yang dihasilkan 100% teknologi Turki.

Sebanyak lebih 350 unit Firtina telah dihasilkan sehingga hari ini.

Manakala penghasilan sistem meriam bergerak Yavuz 155mm 52 cal bermula menerusi permintaan Savunma Sanayii Başkanlığı (SSB) atau Presidensi Industri Pertahanan Turki untuk meningkatkan kadar mobility sistem artilleri Tentera Turki.

Selamat Datang ke Malaysia!!!!

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Pada tahun 2014, MKE telah melakukan R&D dengan mengintegrasikan sistem meriam Panter sedia ada ke atas trak 6×6, 10 tan.

Sistem meriam bergerak Yavuz 155mm 52 cal telah dilancarkan buat pertama kalinya semasa International Defence Industry Fair (IDEF) di Turki pada tahun 2017. — DSA

featuredMA AnalyticsMeriamMKEYavuz
Comments (0)
Add Comment