Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam 105mm “Boran”, Pengganti Pack Howitzer Dari Turkiye?

Meriam 105mm "Boran" keluaran industri pertahanan negara Mediterranean itu, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE) dijangka mula memasuki perkhidmatan Tentera Darat Turkiye Ogos ini selepas melepasi segala ujian dijalankan Januari lepas di lapangan sasar Konya di Turkiye.

0 3,188

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula daripada bulan ini, sistem meriam kaliber 105mm dipanggil “Boran” yang dibangunkan oleh gergasi industri pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE) mula memasuki inventori Tentera Darat Turkiye.

Menurut laporan portal pertahanan antarabangsa, meriam 105mm keluaran industri pertahanan negara Mediterranean itu dijangka mula memasuki perkhidmatan Tentera Darat Turkiye Ogos ini selepas sistem meriam itu melepasi segala ujian dijalankan pada Januari lepas di lapangan sasar Konya.

Selepas melepasi segala ujian oleh angkatan tentera Turkiye, maka barulah “Boran” itu boleh dihasilkan dalam jumlah yang banyak (mass production).

Boran

Selain dibangun dan dihasilkan untuk memenuhi keperluan tentera darat Turkiye, meriam ditunda (towed howitzer) itu juga mengintai peluang-peluang di pasaran antarabangsa yang pada ketika ini dikuasai oleh meriam M777 yang dibangunkan oleh syarikat BAE Systems.

Selain meriam 105mm M777 itu, meriam 105mm LG1 MKIII yang dibangunkan oleh firma Perancis, Nexter dan digunakan oleh pelbagai angkatan tentera termasuk dalam jumlah yang kecil oleh 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia.

Meriam 105mm “Boran” ini akan memberikan saingan kepada meriam-meriam 105mm lain yang berada di pasaran.

Mana tau, tentera darat Malaysia juga mungkin berminat untuk memperolehi meriam 105mm “Boran” untuk memenuhi keperluan mereka terutamanya dalam menggantikan meriam 105mm Pack Howitzer yang telah lama berkhidmat.

Jom kita lihat spesifikasi meriam 105mm “Boran” ini yang dibangunkan oleh MKE daripada Turkiye.

Boran

Dengan hanya berat kira-kira 1700 kg, sistem meriam keluaran MKE ini bersesuaian untuk ditunda oleh kenderaan atau dibawa (underslung) oleh helikopter, bagi memudahkan ia dikerahkan ke mana-mana lokasi dengan pantas.

Meriam 105mm “Boran” ini boleh membedil sasaran sejauh 17 km dan berkemampuan menembak enam butir peluru di dalam tempoh satu minit.

Bagi membolehkan setiap bedilan pelurunya itu tepat mengenai sasaran, sistem meriam 105mm itu turut dilengkapi dengan Fire Control System (FCS) yang dibangunkan oleh firma terkenal Turkiye, ASELSAN serta sistem navigasi daratan.

Boran

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sistem FCS Boran turut dilengkapi dengan Muzzle Velocity Radar (MVR), Inertial Navigation System (INS) dan beberapa peralatan lain seperti electro-optic dan laser range finder bagi memastikan ketepatan tembakan sama ada siang atau malam.

“Boran” boleh melakukan tembakan daripada kedudukan 360 darjah menggunakan apa sahaja jenis peluru di dalam inventori tentera darat Turkiye.

Meriam 105mm keluaran syarikat MKE itu hanya memerlukan tempoh persediaan selama satu minit sahaja sebelum ia memuntahkan bedilan yang pertama. — DSA

Comments
Loading...