Yakovlev Perkenal Buat Pertama Kalinya Pesawat Pejuang Yak-130M (Dipermoden) Pada ARMY-2024

Pesawat Yak-130M (Dipermodenkan) yang dipertingkatkan kemampuannya itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara dan sistem persenjataan udara-ke-darat yang dipandu oleh satelit dan sistem panduan laser.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semasa International Military-Technical Forum “ARMY-2024” in Moscow baru-baru ini, PJSC Yakovlev (sebahagian daripada PJSC UAC of Rostec State Corporation) telah menampilkan buat pertama kalinya program pembangunan pesawat Yak-130M (Dipermodenkan), yang direkabentuk berdasarkan kepada pesawat latihan Yak-130.

Tujuan utama program pembangunan pesawat Yak-130M adalah untuk memperluaskan lagi kemampuan kombat pesawat terbabit bagi membolehkan ia lebih berdaya saing di pasaran asing.

“Pihak syarikat menjangkakan bahawa pesawat dipermodenkan Yak-130M itu akan menarik minat negara-negara luar yang tidak berhasrat untuk memperolehi pesawat yang lebih besar dan lebih mahal.”

“Pesawat yang dinaiktaraf Yak-130M itu akan mempunyai peningkatan keupayaan membawa persenjataan berbanding dengan pesawat Yak-130 yang asas,” menurut kenyataan oleh PJSC Yakovlev.

Pesawat Yak-130M yang dipertingkatkan kemampuannya itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara dan sistem persenjataan udara-ke-darat yang dipandu oleh satelit dan sistem panduan laser.

Yak-130M

 

Pesawat itu berkemampuan untuk menjadi pesawat pejuang ringan yang penuh tetapi pada masa yang sama mengekalkan peranannya sebagai pesawat latihan, kata Ketua Pengarah Rostec State Corporations Vladimir Artyakov.

Beliau berkata, pembangunan rekabentuk pesawat-pesawat prototaip Yak-130M telah pun disiapkan sebagai sebahagian daripada usaha R&D yang ditauliahkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Russia.

“Kita telah pun memulakan pemasangan prototaip pesawat Yak-130M di Irkutsk Aviation Plant. Secara keseluruhannya, perancangannya adalah untuk membina tiga prototaip pesawat Yak-130M.”

“Salah sebuah daripada pesawat prototaip Yak-130M itu telah pun ditampilkan secara rasmi pada ARMY-2024,” kata Ketua Pengarah PJSC Yakovlev Andrey Boginsky.

Yak-130M

 

Pesawat Yak-130M yang dinaiktaraf kemampuannya itu juga dilengkapi dengan pelbagai sistem untuk meningkatkan keupayaannya seperti :130R airborne radar unit; the SOLT-130K optical locator station; the President-S130 on-board defense suite, the KSS-130 on-board communications unit.

Peralatan dan sistem moden itu akan membolehkan pesawat Yak-130M yang dipermodenkan itu melaksanakan tugasannya sama ada sebagai pesawat latihan atau pesawat pejuang ringan pada setiap masa dan dalam keadaan cuaca yang buruk. — DSA

ARMy 2024featuredRussiaYak-130M