TLDM Akan Hanya Perolehi Lima Buah Kapal LCS, Bukan Enam

Panglima TLDM yang baru dilantik Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub, berkata keputusan itu dibuat ketika kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan kapal LCS. Projek pembinaan Littoral Mission Ship (LMS) juga akan diteruskan dengan diharap perolehan tiga buah kapal pertama dapat direalisasi tahun ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya akan memperolehi lima buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) berbanding enam buah sebagaimana dirancang sebelum ini, selepas proses permohonan semula dilakukan.

Panglima TLDM yang baru dilantik Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub, berkata keputusan itu dibuat ketika kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan kapal LCS.

“Sememangnya asal enam buah tetapi ketika kita mengemukakan permohonan semulKana dan dibincangkan semula perkara ini, kita persetujui kurangkan kepada lima sahaja.

“Projek LCS memang diteruskan seperti biasa. Pelaksanaannya adalah baik dan ada perjanjian tambahan keenam yang akan ditandatangani tidak lama lagi. Ini membolehkan proses seterusnya berjalan dan pembinaan dilaksanakan seperti dirancang,” katanya hari ini.

Sebelum itu, Abdul Rahman telah menyampaikan perutusan ulung selepas dilantik menjadi Panglima Tentera Laut yang ke-18 di Wisma Pertahanan.

Beliau juga berharap LCS dapat diterima mengikut jadual kerana TLDM kekurangan aset berkeupayaan tinggi.

“Dengan adanya LCS, kita mampu untuk melaksanakan tugas-tugas dengan lebih cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perolehan kapal Littoral Mission Ship (LMS) kumpulan kedua akan direalisasikan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

“Permohonan ini kita harap dapat dilaksanakan dan diluluskan tahun ini agar dapat kita melaksanakan proses perolehan yang memakan masa yang mana setiap kapal mengambil masa yang lama untuk dibina, setidak-tidaknya tiga tahun.

“Kali ini kita memerlukan LMS yang berkeupayaan tempur. Itu perbezaan ketara berbanding LMS yang telah kita peroleh iaitu empat LMS dari China sebelum ini. Untuk permulaan, kita mohon tiga,” katanya.

Pada 9 Januari lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembinaan kapal LCS) kelas-Maharaja Lela milik TLDM yang pertama berjalan dengan lancar dan ia dijangka siap tahun 2024.

Kementerian Pertahanan menurutnya berpuashati dengan proses pembinaan kapal-kapal perang itu.

Panglima TLDM yang baru dilantik Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub (Kementerian Pertahanan)

 

“Saya yakin, kapal pertama ini akan siap pada 2024 sebelum ujian di peringkat pelayaran di laut dan kemudiannya ditauliahkan,” kata Menteri Pertahanan pada sidang media selepas lawatannya ke lokasi pembinaan kapal-kapal LCS di Lumut baru-baru ini.

Sementara itu di dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya pula, Mohamad Hasan yang juga dikenali sebagai ‘Tok Mat” berkata, kapal pertama itu boleh disiapkan pada suku ke-tiga tahun hadapan.

Ditanya mengenai status pembinaan kapal-kapal LCS yang lain, Tok Mat berkata ia mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan mengikut kesesuaian masing-masing dari segi pemasangan peralatan elektrik, elektronik, persenjataan dan beberapa perkara teknikal lain.

Menurut Boustead Naval Shipyard (BNS) sebelum ini, pembinaan kapal LCS yang pertama berada di tahap 50 hingga 60 peratus manakala kerja-kerja menyiapkan kapal kedua LCS pula telah sampai ke tahap 48 peratus.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kerja-kerja pembinaan kapal LCS ketiga pula telah siap 43 peratus, kapal LCS keempat telah siap 36 peratus manakala kapal LCS kelima pula telab siap 20 peratus.

Pembinaan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang direkabentuk mengikut kapal friget “Gowind” DCNS daripada Perancis itu bermula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya tamat pada 2 Oktober 2023 dengan kesemua enam buah kapal itu siap sepenuhnya dan diserahkan kepada TLDM.

Sebanyak RM6 billion telah dibayar oleh kerajaan setakat ini untuk perolehan enam buah kapal LCS terbabit.

Bagaimanapun sehingga 31 Oktober 2021, kemajuan projek pembinaan kapal-kapal LCS itu hanya mencapai 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dicapai dalam jadual asal.

Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu katanya, telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan.

Harga siling bagi kesemua enam buah kapal LCS itu adalah sebanyak RM9 bilion.— DSA

 

featuredKapal PerangLCSPanglimaTLDM
Comments (0)
Add Comment