Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

‘Waris’ Sultan Sulu Menipu Dalam Tuntutan Mahkamah – Azalina

Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata mahkamah mendapati bahawa waris Sultan Sulu itu memilih untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka dan “ketiadaan” (alamat) itu adalah “penting” kepada mahkamah.

0 2,105

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Mahkamah di Luxembourg memutuskan untuk mengetepikan perintah sekatan (saisie arrêt) yang diminta oleh waris Sultan Sulu kerana “tindakan” mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Dalam kenyataan, Azalina berkata mahkamah mendapati bahawa waris Sultan Sulu itu memilih untuk tidak mendedahkan alamat sebenar mereka dan “ketiadaan” (alamat) itu adalah “penting” kepada mahkamah.

Menurutnya, Mahkamah Daerah Luxembourg telah menerima cabaran Malaysia berdasarkan fakta bahawa pihak yang menuntut, menurut mahkamah, secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

sulu
Kumpulan bersenjata Sulu

 

“Mahkamah mendapati bahawa tindakan penuntut tidak mendedahkan alamat sebenar mereka adalah sesuatu yang penting yang telah menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan keputusan yang mungkin dikenakan terhadap penuntut,” katanya.

Azalina berkata menurut mahkamah, tindakan penuntut adalah sesuatu “kesusahan yang jelas terlarang” yang menjejas dan merugikan Malaysia.

Azalina menegaskan bahawa kelakuan itu adalah sesuatu perbuatan menipu dan penuntut secara konsisten menggunakan tipu daya dalam membuat tuntutan terhadap Malaysia.

“Tidak menghairankan bahawa kes pihak yang menuntut gagal pada peringkat pertama,” katanya.

Pada 24 Januari lalu katanya,  Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lalu (2022).

Waris Sulu
Jamalul Kiram III

 

Beliau berkata perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad (Final Award) dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gonzalo Stampa, masing-masing pada 28 Februari dan 25 Mei tahun lepas serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg.

Dr Stampa dilaporkan telah memberikan ‘award’ kepada penuntut sebanyak USD14.92 bilion (RM63.34 bilion).

“Malaysia kini mencabar Perintah Exequatur ex-parte di hadapan Mahkamah Rayuan Luxembourg,” kata Azalina.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Malaysia dengan segera memohon Mahkamah Daerah Luxembourg untuk mendapatkan relif interim untuk melepaskan sekatan itu dan perbicaraan berlangsung pada 5 Disember 2022 di Mahkamah Daerah, katanya.

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan akan terus secara bersungguh-sungguh mengambil semua tindakan yang perlu untuk menamatkan tuntutan palsu penuntut.

 

Comments
Loading...