Tentera Isra-4l Akui Sistem Pertahanan Udara “Iron Dome” Tembak Jatuh Dron-nya Sendiri

Perkara itu disahkan sendiri oleh tentera negara itu sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Haaretz.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Isra4l mengakui bahawa sistem pertahanan udara  “Iron Dome” miliknya telah secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah dron yang digunakan oleh anggota tenteranya sendiri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh tentera negara itu sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Haaretz.

Kejadian yang membimbangkan tentera Isra-4l itu berlaku ketika konflik selama 11 hari di antara Isra-4l dengan pejuang-pejuang Pal4stin di Semenanjung Gaza berlaku baru-baru ini.

Pegawai-pegawai tentera Israel bimbang kerana sistem pertahanan udara itu gagal mengenalpasti dron “sahabat atau lawan.”

Akhbar Haaretz mengenalpasti dron terbabit adalah “Skylark” yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu, Elbit.

Dron “Skylark” ini adalah mini-UAV untuk tujuan taktikal dan hanya seberat 7.5kg.

Keseluruhan dron itu diperbuat daripada bahan-bahan komposit.

Dron “Skylark” itu digunakan oleh oleh unit Sky Rider tentera negara itu yang tugasnya adalah untuk mengumpul maklumat perisikan dan melakukan pemantauan.

Tentera Isra-4l  berkata ia sedang menyiasat kejadian itu.

Selain daripada tentera Isra-4l, dron “Skylark” yang boleh terbang selama enam jam dan sejauh 100km ini turut digunakan oleh tentera Croatia, Sweden, Hungary, Macedonia dan tiga negara lain.

Sistem pertahanan udara “Iron Dome”

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Iron DomeSkylarkTembak