Browsing tag

Spratly

Sistem UAS “ScanEagle” TLDM Mula Beroperasi Di Kepulauan Spratly

Eksesais Angkasa Samudera (Eks ANGSA) yang sedang berlangsung pada ketika ini telah menunjukkan bahawa Skn 601 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengendalikan sistem Unmanned Aerial System (UAS) “ScanEagle” telah pun beroperasi di Stesen LIMA TLDM,  di Terumbu Layang-Layang yang berada di Kepulauan Spratly.

Majalah Pertahanan China Dakwa “Pulau Buatan-Manusia” Di Spratly Mudah Diserang Musuh

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak 2015, China telah membangunkan atoll dan terumbu karang yang didudukinya secara haram di Spratly, Laut China Selatan untuk menjadi pangkalan-pangkalan tenteranya yang lengkap.

Selepas menambak dan menjadikan atoll dan terumbu karang itu pulau-pulau buatan manusia, Beijing telah melengkapkannya dengan landasan, jeti, bangunan, sistem komunikasi, radar, sistem pertahanan udara dan lain lagi, sebagaimana dikatakan oleh badan pemikir Amerika Syarikat iaitu Centre for Strategic and International Studies.