Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lima Kapal Pengawal Pantai China Di Spratly, Cubaan “Berdepan” USS Carl Vinson

Kapal-kapal pengawal pantai China itu dikenalpasti CCG6307, CCG2305, CCG5302, CCG3304 dan CCG4201.

0 2,938

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lima buah kapal pengawal pantai China dikesan berkumpul di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan malam tadi, dalam apa pemerhati serantau sifatkan sebagai cubaan untuk berdepan (standoff) dengan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Carl Vinson (CVN-70) dan kapal-kapal pengiringnya yang berada di kawasan perairan berhampiran.

Kapal-kapal pengawal pantai China itu dikenalpasti CCG6307, CCG2305, CCG5302, CCG3304 dan CCG4201.

Selain lima buah kapal pengawal pantai China yang dikesan berada di Kepulauan Spratly malam tadi, terdapat juga kapal-kapal pengawal pantai China di beberapa bahagian perairan lain di Laut China Selatan.

Ini termasuklah sebuah kapal pengawal pantai China, CCG5103 yang dikesan berada berhampiran dengan sebuah beting dinamakan James Shoal (Beting Serupai), yang terletak tidak jauh daripada kawasan pesisir pantai Bintulu, Sarawak.

Sebagaimana Beting Patinggi Ali, James Shoal juga dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas.

Tak pasti sama ada aset-aset TLDM atau APMM berada berhampiran untuk “shadow” kapal pengawal pantai China itu, yang dipercayai berada dalam kawasan EEZ Malaysia.

 USS Carl Vinson (CVN-70) kini berada di bahagian selatan Laut China Selatan, tidak jauh daripada Laut Natuna.

Kehadiran USS Carl Vinson di selatan Laut China Selatan itu diiringi oleh kapal cruiser USS Lake Champlain (CG 57) dan kapal destroyer USS Chafee (DDG 90) serta Littoral Combat Ship USS Tulsa (LCS-16), yang pertama kali ditugaskan mengiringi sebuah kapal pengangkut pesawat.

Sementara imej satelit menunjukkan China telah mengerahkan sebuah kapal destroyer kelas-Type 052 untuk memerhati kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu serta kapal-kapal pengiringnya.

China
kredit @duandang

 

Beberapa hari lepas pula, sebuah kapal ocean survey milik kerajaan China, Haiyang Dizhi 10 bersama-sama sebuah kapal pengawal pantai China dikesan berada di Blok Tuna, kawasan carigali minyak dan gas milik Indonesia di Laut Natuna.

Sehingga kini, kerajaan Indonesia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kehadiran kapal-kapal milik China di salah satu lapangan minyak dan gasnya yang paling produktif di Laut Natuna, yang terletak di bahagian paling selatan di Laut China Selatan.

Vinson
Kedudukan terkini kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...