Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan FA-50 Block 20 Malaysia Disifatkan “Pedang Bermata Dua” Kepada Filipina

Blogger pertahanan Filipina, MaxDefense Philippines dalam komentarnya menerusi page Facebook beliau yang diikuti oleh lebih 170,000 pengikut, menyifatkan perolehan pesawat pejuang ringan buatan Korea Selatan oleh Malaysia itu sebagai “double-edged sword” (pedang bermata dua) kepada Filipina.

0 27,793

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keputusan Malaysia memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI), nampaknya tidak disenangi oleh pemerhati pertahanan negara jiran.

Blogger pertahanan Filipina, MaxDefense Philippines dalam komentarnya menerusi page Facebook beliau yang diikuti oleh lebih 170,000 pengikut, menyifatkan perolehan pesawat pejuang ringan buatan Korea Selatan oleh Malaysia itu sebagai “double-edged sword” (pedang bermata dua) kepada Filipina.

“Penjualan FA-50 kepada Malaysia adalah “pedang bermata dua” kepada Filipina, ”.

FA-50
Pesawat FA-50 dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI)

 

“Dengan Malaysia meningkatkan kemampuan kombat mereka menerusi perolehan pesawat pejuang FA-50 juga bermakna bahawa Filipina perlu menggandakan kemampuan keseluruhannya dalam memastikan sempadan selatannya dipertahankan dengan baik daripada potensi pencerobohan oleh Malaysia.”

“Lagipun, Malaysia tidak disifatkan sebagai sekutu (kepada Filipina) dan masih mempunyai tuntutan bertindih dengan Kumpulan Pulau Kalayaan (panggilan tempatan Kepulauan Spratly oleh kerajaan Filipina),” menurut tulisan beliau.   (Malaysia having improved combat capabilities by having these FA-50s means the Philippines needs to double-up its ability and overall capability in making sure its southern borders are well defended from potential Malaysian encroachments. Afterall, Malaysia is not considered an ally and still has its own territorial disputes with the Philippines including overlapping claims in the Kalayaan Island Group.”

Menurut beliau lagi, pesawat pejuang FA-50 Block 20 yang bakal diperolehi oleh Malaysia itu adalah varian terkini daripada keluarga FA-50/T-50 yang dibangunkan oleh KAI dengan radar AESA, pengisian minyak di udara, Sniper Advanced Targeting Pods termasuk sistem persenjataan stand-off dan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR).

Katanya, kemampuan penuh varian pesawat pejuang FA-50 Malaysia hanya mampu dilakukan “separuh sahaja) oleh varian pesawat-pesawat FA-50 milik Tentera Udara Filipina.

Tentera Udara Filipina memiliki 12 buah pesawat FA-50 pada ketika ini, dengan laporan daripada Filipina menyatakan ia bercadang menambah pegangan pesawat pejuang itu dengan memilih varian Block 20 sebagaimana dimiliki oleh Malaysia. 

FA-50

Kementerian Pertahanan Malaysia dan KAI menandatangani kontrak perolehan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 “Fighting Eagle” bernilai lebih daripada RM3.8 bilion pada LIMA ’23 yang baru sahaja berakhir di Langkawi minggu lepas.

TUDM akan menerima kumpulan pertama pesawat FA-50 Block 20 itu pada Oktober 2026, menurut pegawai KAI.

Malaysia berkemungkinan besar akan menambah perolehan pesawat FA-50 sebanyak 18 buah lagi,bagi membawa bilangan keseluruhan pesawat pejuang itu yang dimiliki oleh negara sebanyak 36 buah.

Sebagaimana dilaporkan oleh Defence Security Asia sebelum ini, varian pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM antaranya bakal dilengkapkan dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon Intelligence & Space.

Maklumat diperolehi juga mengesahkan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

FA-50

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Varian pesawat FA-50 Block 20 sebelum ini juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...