(VIDEO) Pesawat Peronda Maritim Russia IL-38N Dipintas F-35C, Super Hornet Berhampiran USS Carl Vinson
Beberapa hari lalu, satu rakaman video yang dikongsi di platform media sosial telah menarik perhatian pemerhati pertahanan yang memaparkan detik-detik sebuah pesawat peronda maritim Ilyushin Il-38N milik Tentera Laut Russia sedang “diiringi” oleh pesawat-pesawat pejuang F-35C dan F/A-18 Super Hornet milik Tentera Laut Amerika Syarikat ketika ia melintasi begitu hampir kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear USS Carl Vinson (CVN 70).