FOB Di Pulau Mabul Untuk Kekang Kumpulan Militan Selatan Filipina
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk memastikan keselamatan pantai timur Sabah sentiasa terjamin daripada sebarang ancaman kumpulan-kumpulan militant selatan Filipina termasuk kumpulan Kidnap-For Ransom (KFR), maka kerajaan akan membelanjakan RM41 juta untuk mendirikan Pengkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pulau Mabul, Semporna. FOB di Pulau Mabul itu akan memantau keselamatan di perairan di Semporna serta kawasan sekitarnya. […]