Persaingan Bina LMS Batch 2 TLDM Semakin Sengit. Turkiye Bukan Lagi Pilihan?
Sebelum LIMA ’23 yang berlangsung baru-baru ini, ramai yang menjangkakan calon pilihan untuk membina kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah syarikat-syarikat Turkiye, tetapi Defence Security Asia kini difahamkan persaingan adalah terbuka.