Sniper Unit Tindak Khas (UTK) “Buat Kemunculan”

Kesemua yang berjaya telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani latihan penuh mencabar selama hampir sebulan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai 18 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat di dalam Polis Diraja Malaysia telah melakar sejarah kerjaya masing-masing apabila berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1 bagi Tahun 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, kesemua yang berjaya telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani latihan penuh mencabar selama hampir sebulan.

Kursus edisi kali ini turut disertai oleh dua orang Pegawai Rendah Polis dari E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

(PDRM)
(PDRM)

 

Dalam majlis tersebut, Koperal Zainal Azam Zainol Abidin dari UTK telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik. Penganugerahan sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain di Langkawi International Shooting Range Malaysia, dekat sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, CP Datuk Samsudin Basir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kedah, SAC Alzafny Ahmad, Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin

Maklumat: Media Sosial PDRM

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(PDRM)
(PDRM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

(PDRM)
featuredPDRMSniperUKT