Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Uniform Baru Unit Tindakan Khas (UTK)?

0 4,395

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar yang tersebar di dalam page Facebook “Geng Keselamatan  Negara” sejak semalam ini adalah dikatakan oleh page facebook terbabit sebagai set pakaian, aksesori terbaharu serta motosikal berkuasa tinggi milik Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia.

Page FB terbabit mengatakan anggota (di dalam gambar) adalah UTK daripada Tim Strike Force BA (Bukit Aman).

UTK
Gambar kredit Page Facebook “Geng Keselamatan Negara”

Menurut page lagi, uniform baru itu adalah berwarna “Wolf Grey” manakala kasut taktikal yang digunakan oleh anggota-anggota UTK di dalam gambar di page itu  tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, page Facebook “Geng Keselamatan Negara” itu juga memaparkan jam yang dipakai oleh anggota UTK itu (mungkin juga standard issue bagi anggota unit khas itu) iaitu daripada jenis “Garmin Instinct Tactical Edition Black”, manakala motosikal berkuasa tinggi yang digunakan oleh anggota pula adalah BMW R1200GS.

UTK
Gambar kredit Page Facebook “Geng Keselamatan Negara”

Sebagaimana tertera di dalam page Facebook itu lagi, kesemua gambar yang terpapar di dalam page adalah daripada sumber iaitu, Mohd Adam Haji Arinin.

Memandangkan gambar-gambar ini telah pun tersebar luas di dalam media sosial, maka admin pun mengambil keputusan untuk menyertakannya di dalam website (dengan segala kredit/attribution kepada pemilik asal imej dan FB page).

Lagipun, pagi tadi ketika melalui Jalan Tun Razak untuk ke tempat kerja, admin terserempak dengan geng-geng UTK lengkap bersenjata dan berpakaian (sebagaimana di dalam gambar di atas) sedang berkonvoi menaiki motosikal di jalan terbabit.

Admin tak sempat hendak mengambil gambar tetapi apa yang diperhatikan adakah di depan dan belakang konvoi mereka ada dua buah van membawa cameraman/photographer, berkemungkinan sedang shooting (tidak dipastikan apa), mungkin untuk majlis memperkenalkan uniform dan aksesori baru (mungkin.)

Tapi apapun uniform ni nampak cun..Tahniah UTK.

— DEFENCE SECURITY ASIA 

Comments
Loading...