Perancis Secara Rasmi Mula Operasi Varian Mirage 2000D Dinaiktaraf, Mirage 2000DRMV

Meskipun pesawat pejuang Mirage 2000D telah berusia, namun varian Mirage 2000DRMV yang telah dipertingkatkan kemampuannya bakal berkhidmat dengan Tentera Udara Perancis untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 2035 sehinggalah ia diganti oleh Rafale dan pesawat pejuang generasi ke-enam Eropah, Future Combat Air Systems (FCAS).
Perancis Secara Rasmi Mula Operasi Varian Mirage 2000D Dinaiktaraf, Mirage 2000DRMV
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun dilengkapi dengan pesawat pejuang Rafale yang lebih moden, namun Tentera Udara dan Angkasa Perancis (French Air and Space Force) secara rasminya telah memperkenalkan semula varian pesawat pejuang Mirage 2000D yang telah dinaiktaraf dan dimodenkan —  dikenali sebagai Mirage 2000DRMV.
Singkatan “DRMV” merujuk kepada Dassault Rénové Mi-Vie, yang bermaksud Naik Taraf Pertengahan Hayat oleh Dassault.
Meskipun pesawat pejuang Mirage 2000D telah berusia, namun varian Mirage 2000DRMV yang telah dipertingkatkan kemampuannya bakal berkhidmat dengan Tentera Udara Perancis untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 2035 sehinggalah ia diganti oleh Rafale dan pesawat pejuang generasi ke-enam Eropah, Future Combat Air Systems (FCAS).
Walaupun sudah berusia, pesawat Mirage 2000 yang telah dinaik taraf masih dianggap sebagai aset tempur yang berkuasa dan relevan, setelah terlibat dalam pelbagai operasi ketenteraan di beberapa medan peperangan.
Pesawat ini telah digunakan dalam misi-misi tempur di Timur Tengah, wilayah Sahel di Afrika, serta di Afghanistan.
Selepas dinaiktaraf dan dipermodenkan, pesawat pejuang Mirage 2000DRMV yang kini muncul sebagai aset yang berkemampuan untuk melaksanakan misi-misi serangan konvensional dan Close Air Support (CAS) juga bakal dikerah untuk tugasan di Timur Tengah, walaupun Tentera Udara Perancis belum memberi sebarang indikasi mengenainya.
“Pesawat pejuang Mirage 2000D yang telah dinaik taraf kini rasmi beroperasi. Sebanyak 50 buah pesawat yang telah melalui proses pemodenan akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 dari Pangkalan Udara 133 di Nancy-Ochey,” menurut kenyataan pihak Tentera Udara Perancis baru-baru ini.
Mirage 2000DRMV
Mirage 2000DRMV
Varian Mirage 2000D yang kini dikenali sebagai Mirage 2000DRMV selepas kerja-kerja pemodenan yang ekstensif,  dilaporkan telah menerima peningkatan terhadap sistem avioniknya serta keupayaan persenjataan yang lebih canggih, menjadikannya lebih berbahaya dan berkesan berbanding sebelumnya.
Pengoperasian rasmi pesawat pejuang Mirage 2000DRMV ini merupakan satu pencapaian penting bagi Tentera Udara Perancis , sekaligus menandakan kejayaan pelaksanaan program naik taraf pertengahan hayat (Mid-Life Upgrade) yang bermula sejak 2015.
Tujuan utama kerja-kerja MLU itu adalah bagi memanjangkan jangka hayat perkhidmatan pesawat dan memastikan ia kekal berkeupayaan untuk melaksanakan tugasan tempur sehingga dekad 2030-an.
Selepas kerja-kerja permodenan itu, pesawat pejuang Mirage 2000DRMV itu akan bergandingan dengan pesawat pejuang Rafale.
Pesawat-pesawat pejuang Mirage daripada pelbagai varian telah menjadi tulang belakang kepada Tentera Udara Perancis sejak berdekad lamanya, namun perkhidmatan pesawat pejuang itu telah ditamatkan berikutan faktor usia dan kekangan teknologinya.
Pesawat pejuang Mirage 2000N telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2018, diikuti oleh operasi varian pesawat pejuang pertahanan udara iaitu Mirage 2000C yang ditamatkan pada tahun 2022.
Mirage 2000DRMV
Kini, armada pesawat Mirage 2000-5F yang telah dipertingkatkan turut dikurangkan secara berperingkat, dengan beberapa unit dilaporkan telah disumbangkan kepada Tentera Udara Ukraine.
Pelbagai versi pesawat Mirage telah berkhidmat bersama Tentera Udara Perancis sejak tahun 1961, bermula dengan kemasukan pesawat generasi pertama Mirage III ke dalam perkhidmatan.
Mirage 2000DRMV menampilkan siri naik taraf berimpak tinggi yang secara ketara meningkatkan keupayaan tempur, daya tahan dan jangka hayat operasinya, menjadikannya sebuah pesawat pelbagai peranan yang benar-benar mampu memenuhi keperluan medan perang moden.
Antara penambahbaikan paling ketara adalah pada sistem avionik moden, termasuk kokpit yang dinaik taraf dengan paparan digital terkini serta user interface yang lebih moden membolehkan juruterbang memperoleh kesedaran situasi yang lebih baik dan keberkesanan operasi yang lebih tinggi.
Sistem navigasi dan penjejak sasarannya turut dipertingkatkan dengan ketara, membolehkan pelaksanaan misi secara tepat dalam persekitaran yang kompleks dan berisiko tinggi.
Lonjakan besar dalam keupayaan tempur tercapai dengan integrasi pesawat pejuang itu dengan sistem peluru berpandu udara-ke-udara seperti MICA IR/EM, menjadikan Mirage 2000DRMV bukan lagi sekadar pesawat serangan darat tetapi kini sebuah pejuang pelbagai peranan yang boleh melaksanakan misi penuh spektrum — satu kelemahan utama pada reka bentuk asal Mirage 2000D.
Mirage 2000DRMV
Dalam aspek digital, pesawat ini kini dilengkapi dengan sistem pautan data (datalink) selamat dan sistem misi moden bersepadu, membolehkan koordinasi lancar dalam operasi bersama dan peperangan rangkaian (network-centric warfare).
Ia turut serasi sepenuhnya dengan pod penjejak sasaran (targeting pod) canggih Thales TALIOS, yang memberikan ketepatan tinggi dalam serangan darat serta keupayaan penjejakan sasaran secara masa nyata.
Bagi memastikan operasi jangka panjang, struktur badan pesawat telah dikuatkan dan dioptimumkan bagi memudahkan penyelenggaraan, sekali gus memanjangkan jangka hayat perkhidmatan dan mengurangkan beban logistik ke atas pasukan sokongan.
Penambahan sistem peperangan elektronik (EW) yang moden, termasuk penerima amaran radar yang dipertingkatkan dan automated countermeasure dispensers telah memperkukuh daya tahan pesawat dalam ruang udara berancaman tinggi.
Pengenalan pesawat Mirage 2000DRMV memberikan pelbagai kelebihan penting kepada Tentera Udara dan Angkasa Perancis (Armée de l’Air et de l’Espace, AAE) dari sudut strategik dan operasi.
Mirage 2000DRMV, versi naik taraf kepada Mirage 2000D, kini dilengkapi dengan pelbagai sistem senjata moden yang menjadikannya pesawat tempur pelbagai peranan yang berkesan.
Mirage 2000DRMV
Bagi misi udara-ke-udara, ia kini mampu membawa peluru berpandu MICA IR/EM, yang memberikan keupayaan untuk menyerang sasaran dari jarak sehingga 80 km dalam pelbagai sudut serangan.
Untuk serangan darat, pesawat ini dilengkapi dengan bom panduan laser GBU-12 dan GBU-49, serta bom pintar modular AASM “Hammer” yang mampu menyerang sasaran sejauh 50 km.
Ia juga boleh membawa bom konvensional Mk 82 dan Mk 84, yang boleh dipasangkan kit panduan untuk meningkatkan ketepatan.
Walaupun biasanya dibawa oleh Rafale, peluru berpandu jarak jauh SCALP-EG turut berpotensi digunakan oleh Mirage 2000DRMV bagi misi strategik ke atas sasaran bernilai tinggi.
Untuk sokongan udara rapat, pesawat ini boleh menggunakan roket tidak berpandu terhadap sasaran darat ringan.
Mirage 2000DRMV turut dilengkapi pod penjejak Thales TALIOS bagi membantu pengeboman tepat dan penjejakan sasaran secara masa nyata.
Mirage 2000DRMV
Bagi pertahanan diri, pesawat ini dilengkapi sistem peperangan elektronik moden termasuk penerima amaran radar, pelontar chaff/flare, dan sistem gangguan elektronik.
Dengan kelengkapan ini, Mirage 2000DRMV kini mampu melaksanakan pelbagai jenis misi dalam pelbagai keadaan cuaca dan persekitaran tempur berisiko tinggi, menjadikannya setanding dengan jet pejuang generasi 4.5 moden.
Pengenalan pesawat Mirage 2000DRMV memberikan pelbagai kelebihan penting kepada Tentera Udara dan Angkasa Perancis (Armée de l’Air et de l’Espace, AAE) dari sudut strategik dan operasi.
Kelebihan ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat armada sedia ada, malah mengukuhkan keupayaan ekspedisi global Perancis serta menawarkan penyelesaian kos efektif sebagai jambatan kepada kuasa udara generasi baru.
— DEFENCE SECURITY ASIA
Mirage 2000DRMVNaiktarafPerancis
Comments (0)
Add Comment