(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dalam satu dokumentari bagi memperingati ulangtahun ke-100 tahun penubuhan Chkalov State Flight Centre di Akhtubinsk, tentera Russia telah mendedahkan peluru-peluru berpandu udara ke udara generasi terbaru.
Peluru-peluru berpandu generasi terbaru yang bakal melengkapkan pesawat pejuang moden Russia daripada Su-57 Felon kepada Su-35 bakal mengancam pesawat pejuang generasi terkini negara-negara Barat.
Dalam satu klip menunjukkan pesawat pejuang Su-57 Felon membawa satu atau dua peluru berpandu udara ke udara sederhana “R77”, manakala satu lagi video klip pula menunjukkan pesawat Su-35 melancarkan peluru berpandu udara ke udara jarak jauh R-37M.
Russia mula membangunkan peluru berpandu R-77 atau dikenali dengan nama “Izdeliye 170” pada tahun 1980-an untuk bersaing dengan peluru berpandu AMRAAM buatan Amerika Syarikat.
Negara Komunis itu membangunakn versi peluru berpandu itu yang lebih berbahaya dikenali sebagai “R-77 1” yang telah diperkenalkan kepada tentera udara Russia dan melihat aksi di medan pertempuran Syria.
Hanya selepas itu, Russia memperkenalkan versi peluru berpandu berpandu udara ke udara R-77 iaitu K-77M untuk dibawa oleh Su-57 Felon yang mempunyai jarak sejauh 100 batu.
Moscow mendakwa K-77M adalah jauh lebih baik daripada peluru berpandu AMRAAM 120-C dan AMRAAM 120-D buatan Amerika Syarikat.
Russia juga dikatakan sedang membangunkan satu lagi peluru berpandu udara ke udara yang boleh di dalam weapon bays pesawat Su-57 Felon.
Peluru berpandu ini dinamakan Vympel K-74M atau Izdeliye 760.
Selain itu Russia juga sedang membangunkan satu lagi peluru berpandu udara ke udara dipanggil Izdeliye 180-PD menggunakan enjin ranjet yang dikatakan mampu menembak sasaran lebih jauh berbanding peluru berpandu K-77M.
Peluru berpandu ini akan diletakkan berkemampuan mampu diletakkan di dalam weapon bays pesawat Su-57 Felon.
Ia adalah saingan kepada peluru berpandu Meteor buatan syarikat pertahanan Eropah, MBDA.
Pembangunan set generasi terbaru peluru-peluru berpandu udara ke udara Russia ini pasti sedang dipantau rapi oleh Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu bagi memastikan kelebihan negara Komunis itu dapat disekat.
Washington dan sekutunya pasti tidak akan berdiam diri dan membiarkan kelebihan yang dimiliki oleh pesawat pejuang Russia ini berpanjangan.