Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Poseidon Bawa “Harpoon” Ronda Laut China Selatan

0 455

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada akhir bulan lepas, sebuah pesawat peronda maritim (MPA) P-8A “Poseidon” Tentera Amerika Syarikat dikesan membawa peluru berpandu anti-kapal “AGM-84 Harpoon” ketika meronda di perairan selatan Taiwan dan Laut China Selatan.

Tindakan pesawat peronda maritim itu membawa peluru berpandu anti kapal ketika meronda, menunjukkan ketegangan yang semakin memuncak di antara Washington dan Beijing berkenaan isu Laut China Selatan dan Lautan Pasifik.

Ia seolah-olah menunjukkan pesawat Amerika Syarikat itu mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala kemungkinan di Pasifik terutamanya apabila berdepan dengan tentera China.

Poseidon
Pesawat peronda maritim Amerika Syarikat P-8A Poseidon dikesan membawa peluru berpandu Harpoon ketika melaksanakan misi di Bashi Channel akhir bulan lepas. (kredit RODN Kadena)

Pesawat Poseidon itu dikesan berlepas daripada Pengkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun menuju ke selatan Taiwan

Walaupun begitu, Poseidon bukanlah asing bagi misi-misi di Laut China Selatan kerana ia pernah melakukan operasi begitu hampir dengan Pulau Hainan, yang menempatkan markas tentera laut China paling utama di Yulin.

Kerapkali, ia akan ditemani dengan sebuah lagi pesawat MPA iaitu P-3C Orion.

Pada ketika ini pesawat MPA P-8A Poseidon diketahui mampu dilengkapi dengan peluru berpandu “Harpoon” dan torpedo MK-54 sebagai persenjataan utama.

Bagaimanapun, terdapat perancangan masa depan untuk melengkapkannya dengan Long-Range Anti Ship Missile (LRASM).

LRASM
Pesawat MPA Poseidon dijangka bakal dilengkapi dengan peluru berpandu “Long Range Anti Ship Missile (LRASM)” – kredit Lockheed Martin

Mengenai destinasi utama pesawat MPA Amerika Syarikat itu selepas berlepas daripada Pengkalan Udara Kadena, penganalisis berkata, ia dipercayai menuju ke Selat Bashi di selatan Taiwan.

Selat Bashi yang terletak di selatan Taiwan, diketahui adalah laluan perdagangan komersial dan kapal-kapal tentera laut yang amat penting, selain menjadi penghubung antara Laut China Selatan dan Laut Filipina.

Disebabkan kepentingan strategiknya, tentera laut China kerapkali menjalankan latihan  di kawasan perairan itu termasuk membabitkan kapal pengangkut pesawatnya, Liaoning dan Shandong.

Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal perangnnya juga sering melakukan rondaan di Selat Bashi.

Pada bulan Ogos lepas, pesawat F-16Viper Tentera Udara Taiwan juga dikesan membawa peluru berpandu AGM-84 Harpoon ketika melakukan rondaan di selatan negara itu.

F-16 Viper
Pesawat F-16 Viper Tentera Udara Taiwan juga dikesan membawa peluru berpandu Harpoon ketika meronda kawasan perairan negara itu. (kredit Internet)

Ia menyusul tindakan China melakukan latihan tentera laut secara besar-besar termasuk melaksanakan  senario pendaratan anggota tentera di pulau Pratas milik Taiwan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...