Mesir Tetap Tidak Akan Diberikan “Pakej Penuh” Walau Ia Setuju Beli Eurofighter Typhoon

Walaupun usaha Mesir untuk memiliki pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu berkemungkinan tidak berhadapan dengan masalah besar, terutamanya selepas Jerman bersetuju menjual pesawat pejuang itu kepada Arab Saudi, namun kuasa Timur Tengah itu berkemungkinan besar tidak akan diberikan “pakej penuh.”
Mesir Tetap Tidak Akan Diberikan “Pakej Penuh” Walau Ia Setuju Beli Eurofighter Typhoon
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa tahun yang lalu, Mesir dan Itali telah mengadakan beberapa pusingan rundingan mengenai cadangan pembelian pelbagai jenis sistem persenjataan termasuk sehingga 24 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dianggarkan bernilai US$3 billion (RM13.2 billion).
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibangunkan oleh konsortium syarikat daripada empat buah negara Eropah daripada United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Jerman.
Selain cadangan untuk memperolehi Eurofighter Typhoon, Mesir juga dilaporkan media secara meluas sedang berada di ambang untuk diberikan kebenaran oleh pentadbiran Washington memiliki pesawat pejuang yang diimpikannya sejak sekian lama iaitu F-15 buatan syarikat Boeing.
Sekiranya Mesir berjaya memiliki Eurofigher Typhoon dan F-15 sebagaimana yang dihasratkannya,  maka kedua-dua pesawat pejuang itu akan menyertai Tentera Udara Mesir yang kini sudah pun memiliki 54 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis dan beberapa jenis pesawat pejuang lain.
Walaupun usaha Mesir untuk memiliki pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu berkemungkinan tidak berhadapan dengan masalah besar, terutamanya selepas Jerman bersetuju menjual pesawat pejuang itu kepada Arab Saudi, namun kuasa Timur Tengah itu berkemungkinan besar tidak akan diberikan “pakej penuh.”
Meteor
“Meteor BVR”
Typhoon
Eurofighter Typhoon
Sebagaimana yang berlaku dalam perolehan pesawat pejuang Rafale daripada Perancis sebelum ini, Mesir dijangka mengalami nasib yang sama sekiranya ia dibenarkan memiliki pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu.
Sekiranya berjaya memiliki Eurofighter Typhoon, Mesir berkemungkinan besar tidak akan diberikan “pakej penuh” yang bermaksud – Kaherah tidak akan diberikan kebenaran untuk memiliki peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “Meteor” dan persenjataan strategik yang lain dengan alasan untuk memelihara Kelebihan Kualiti Ketenteraan (Qualitative Military Edge – QME) tentera Israel.
Walaupun Israel mungkin tiada halangan terhadap penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Mesir, tetapi beberapa pihak dalam negara Yahudi itu telah menyuarakan hasrat untuk  mem-veto sebarang cadangan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” kepada Mesir.
Perkara sama berlaku kepada Mesir sebagaimana ketika ia membeli pesawat pejuang Rafale, di mana Israel membantah keras sebarang usaha daripada Perancis untuk turut melengkapkan pesawat pejuang dijualnya kepada Kaherah itu dengan peluru berpandu Meteor BVR yang dibangunkan oleh firma MBDA.
Sehingga kini, pesawat-pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Mesir tidak dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR”, disebabkan bantahan daripada Israel yang mahu pembuat pesawat pejuang Rafale itu memastikan kelebihan kualitatif tentera Israel terhadap Mesir terus dikekalkan.
“AMRAAM” BVR

 

Kaherah dilaporkan terus menekan Perancis supaya memberikannya peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” untuk digandingkan dengan pesawat pejuang Rafale dan juga pesawat pejuang Eurofighter Typhoon sekiranya ia dibeli oleh Mesir, namun sehingga kini usaha itu masih gagal disebabkan kuasa lobi Israel itu terlalu kuat.
Israel dikatakan “bimbang” akan nasib pesawat-pesawat pejuangnya terutama F-16, F-15 dan F-35  sekiranya bertembung dengan pesawat-pesawat pejuang Mesir yang dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” sekiranya konflik bersenjata antara kedua-dua negara itu tercetus.
Pada tahun 2022, pemerintah tertinggi Central Command (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah Jeneral Frank McKenzie memberitahu bahawa negara itu akan membekalkan pesawat-pesawat pejuang F-15 kepada Mesir.
Laporan pada tahun 2022 menyatakan bahawa Israel menyokong penjualan F-15 itu kepada Mesir, tetapi keadaan mungkin sudah berubah pada ketika ini dengan hubungan di antara kedua-dua negara berjiran itu berada di dalam keadaan yang tegang akibat konflik bersenjata antara Tel Aviv dan Palestin.
Bagaimanapun, dengan hubungan di antara Mesir dan Israel pada ketika ini agak tegang disebabkan konflik di Gaza, maka cadangan penjualan pesawat pejuang F-15 itu juga berkemungkinan besar tidak akan diteruskan disebabkan kebimbangan berterusan Tel Aviv terhadap isu Kelebihan Kualitatif Ketenteraan (QME).

F-15EX
Walaupun Amerika Syarikat membayangkan hasratnya untuk “menamatkan” penantian 40 tahun Kaherah terhadap pesawat pejuang F-15, namun pemerhati pertahanan tetap menjangkakan episod yang sama dimana Washington tidak akan memberikan “pakej penuh” pesawat itu termasuk peluru berpandu udara-ke-udara BVR,  AIM-120 AMRAAM kepada Mesir.
Seperti biasa, alasan Amerika Syarikat enggan menjual peluru berpandu AIM-120 AMRAAM kepada Mesir adalah bantahan Israel dan untuk memelihara kelebihan kualiti ketenteraan Israel berbanding negara jirannya itu.
Peluru berpandu udara-ke-udara BVR Meteor dan AIM-120 AMRAAM adalah peluru berpandu jarak jauh.– DSA

Eurofighter TyphoonMesirMeteorPakej Penuh
Comments (0)
Add Comment