Kumpulan Houthi Kini Diperkuat Dengan Peluru Berpandu Hypersonik Berkelajuan Mach 8

Penganalisis tentera menyatakan bahawa sekiranya dakwaan itu terbukti benar, ia boleh mengubah imbangan kuasa di Timur Tengah dengan menjadikan kumpulan bersenjata Houthi lebih digeruni oleh musuh-musuhnya terutamanya, Amerika Syarikat dan rejim Israel.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan bersenjata Houthi di Yemen dilaporkan telah berjaya melakukan ujian pelancaran peluru berpandu hypersonik yang berkemampuan mencapai kelajuan sehingga Mach 8 (9,977km sejam) dan dilengkapi dengan bahan peledak berkuasa tinggi.

Penganalisis tentera menyatakan bahawa sekiranya dakwaan itu terbukti benar, ia boleh mengubah imbangan kuasa di Timur Tengah dengan menjadikan kumpulan bersenjata Houthi lebih digeruni oleh musuh-musuhnya terutamanya, Amerika Syarikat dan rejim Israel.

Ada pihak mendakwa peluru-peluru berpandu hypersonik itu berkemungkinan telah dibekalkan oleh Iran yang merupakan penyokong utama kepada kumpulan bersenjata Houthi itu.

Teheran bagaimana sejak sekian lama telah menafikan bahawa ia membekalkan senjata kepada kumpulan Houthi.

Agensi berita Russia, RIA Novosti mendakwa bahawa selepas kejayaan ujian penembakan itu kumpulan Houthi bercadang untuk membina peluru-peluru berpandu hypersonik terbabit untuk digunakan di Laut Merah, Laut Arab dan juga terhadap Israel.

“Angkatan peluru berpandu kumpulan (Houthi) itu telah berjaya menguji peluru berpandu yang boleh mencapai kelajuan Mach 8 dan menggunakan bahan api pepejal,” sumber rasmi tentera yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Houthi, sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita RIA Novosti itu.

Sejak beberapa minggu lepas, kumpulan bersenjata Houthi memberi petanda bahawa ia memiliki “kejutan” yang akan digunakan terhadap tentera Amerika Syarikat dan sekutunya yang mengerah kapal-kapal perang untuk memberi kawalan keselamatan terhadap kapal dagang yang melalui Laut Merah.

Ketuanya Abdul Malik al-Houthi dilaporkan berkata bahawa ia mempunyai kejutan dan apa yang bakal dihadapi oleh Amerika dan sekutunya selepas ini adalah lebih besar dan berbahaya.

“Musuh-musuh kami akan melihat pencapaian yang mempunyai kepentingan strategic, yang akan meletakkan negara kami di antara kemampuan yang tidak banyak dimiliki oleh negara lain di dunia ini,” kata beliau.

Sehingga kini, kumpulan Houthi tidak pernah mendedahkan apakah “kejutan” itu, tetapi  dengan laporan terkini mungkin bermakna kejutan itu adalah peluru berpandu hypersonik.

Peluru berpandu “Fattah ” Iran tanpa Hypersonic Glide Vehicle (HGV)

 

Memiliki peluru berpandu hypersonik dengan kelajuan Mach 8 sebagaimana didakwa oleh kumpulan Houthi akan memberikan satu lagi cabaran kepada tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Tidak pasti sama ada sistem pertahanan Amerika Syarikat, sekutu-sekutunya mahupun Israel memiliki sistem pertahanan udara yang berkemampuan untuk menangani sebarang serangan peluru berpandu hypersonik.

Pada Jun tahun lepas, Iran telah mendedahkan peluru berpandu hypersoniknya yang pertama dipanggil “Fattah”, yang  boleh meluncur selaju Mach 15.

Ia mendakwa “Fattah” ia tidak boleh dipintas oleh mana-mana sistem pertahanan udara disebabkan kelajuannya yang amat tinggi.

Pihak berkuasa Iran mendakwa peluru berpandu hypersonik “Fattah”yang dicat serba hitam itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,400 km.

Peluru berpandu Fattah ” dilengkapi dengan Hypersonic Glide Vehicle (HGV).

 

Pemerhati ketenteraan serantau menyatakan bahawa pembangunan peluru berpandu hypersonik “Fattah” itu akan meningkatkan lagi kebimbangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap kemampuan teknologi peluru berpandu yang dimiliki oleh Teheran.

Setakat ini,hanya Amerika Syarikat, Russia,Korea Utara dan China diketahui berkemampuan membangunkan peluru berpandu hypersonik. — DSA


featuredHouthiHypersonikYemen
Comments (0)
Add Comment