Pesawat Su-34 Russia Kini Berkemampuan Lancar Peluru Berpandu Hypersonik “Kinzhal”

Pelancaran peluru berpandu hypersonik "Kinzhal" berkemungkinan menandakan perubahan taktikal oleh tentera udara Russia terutamanya dalam penggunaan pesawat-pesawat pejuang dalam konflik di Ukraine.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, pesawat pejuang-pengebom Sukhoi Su-34 “Fullback” milik Tentera Udara Russia telah melancarkan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” terhadap kedudukan tentera Ukraine dalam satu “operasi khas.”

Ia berkemungkinan menandakan perubahan taktikal oleh tentera udara Russia terutamanya dalam penggunaan pesawat-pesawat pejuang dalam konflik di Ukraine.

Agensi berita Russia, TASS yang mengumumkan perkara itu berkata, ia adalah kali pertama peluru berpandu hypersonik itu dilancarkan oleh pesawat pejuang Su-34.

Sebelum ini, pesawat pejuang yang ditugaskan untuk melancarkan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” adalah MiG-31K, yang merupakan varian MiG-31 telah diubahsuai untuk melancarkan peluru berpandu hypersonik itu.

Menurut laporan oleh media pertahanan Russia sebelum ini, apabila dilancarkan oleh pesawat pejuang MiG-31K peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” berkemampuan membedil sasaran sejauh 2,000km.

Nampaknya, Tentera Udara Russia juga sedang menyediakan pesawat pejuang-pengebom Su-34 untuk tugasan melancarkan peluru berpandu hypersonik itu.

“Pesawat Su-34 itu telah melancarkan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” dalam satu operasi khas. Krew pesawat yang berjaya melakukan itu akan diberikan anugerah negara,” kata seorang Kementerian Pertahanan Russia memberitahu agensi berita TASS itu.

Penggunaan pesawat Su-34 untuk melancarkan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” berkemungkian bermaksud untuk mengambilalih tugasan yang sebelum ini dijalankan oleh pesawat MiG-31.

Penganalisis pertahanan Barat menyatakan bahawa MiG-31 berkemungkinan akan memfokuskan terhadap tugas membabitkan operasi pemintasan peluru berpandu dan juga pesawat milik Barat di kawasan sempadan negara terutamanya di Crimea.

Pesawat MiG-31 dengan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal”

 

Peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” ini dibangunkan daripada peluru berpandu taktikal darat “Iskander” bagi membolehkannya dilancarkan daripada platform udara.

Memiliki ciri-ciri “low radar signature” dan tahap kelincahan yang tinggi, peluru berpandu hypersonik itu direkabentuk untuk menyerang sasaran darat dan laut menggunakan peledaknya seberat 500kg.

Peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” itu boleh meluncur selaju 10 kali kelajuan bunyi.

Walaupun sudah berada dalam status operasional sejak 2017, namun peluru berpandu hypersonic itu digunakan untuk operasi kombat buat pertama kali untuk memusnahkan sebuah depot peluru Ukraine pada 18 Mac 2023.

Sejurus selepas itu, peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” muncul sebagai peluru berpandu hypersonik yang pertama digunakan di dunia.

Komander Tentera Udara Ukraine menyatakan bahawa tentera negara itu telah berjaya menembak jatuh peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” yang dilancarkan oleh pesawat MiG-31 pada Mei tahun ini.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara “Patriot” telah berjaya memintas peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” itu, tetapi dakwaan itu telah dinafikan oleh Kementerian pertahanan Russia.

Laporan daripada Ukraine menyatakan sistem pertahanan negara itu telah mula adaptasi tentang ancaman peluru berpandu dan mendakwa telah berjaya menembak jatuh enam butir peluru berpandu “Kinzhal”. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

featuredHypersonikKhinzalPeluru
Comments (0)
Add Comment