Dalam Beberapa Tahun, Kumpulan Houthi Dilengkapi Pelbagai Peluru Berpandu Anti-Kapal

Di dalam tempoh beberapa tahun sahaja, kumpulan bersenjata Houthi di Yemen atau secara rasminya dikenali dengan nama “Ansar Allah” telah dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan anti-kapal terdiri daripada peluru berpandu kruis dan juga peluru berpandu ballistik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh beberapa tahun sahaja, kumpulan bersenjata Houthi di Yemen atau secara rasminya dikenali dengan nama “Ansar Allah” telah dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan anti-kapal terdiri daripada peluru berpandu kruis dan juga peluru berpandu ballistik.

Pemerhati serantau mendakwa hampir keseluruhan peluru-peluru berpandu kruis dan ballistik yang dimiliki oleh kumpulan Houthi itu dibekalkan oleh Iran.

Apabila kumpulan Houthi menawan utara Yemen termasuk ibu negara, Sanaa pada akhir 2014 dan awal tahun 2015, ia memperolehi peluru berpandu anti-kapal lama keluaran Kesatuan Soviet iaitu P-21 dan P-22 (RS-SSC-3 Styx).

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu anti-kapal buatan China yang lebih baru seperti C-801, yang diperolehi mereka daripada stok tentera Yemen serta Rubezh B21/B22.

Dalam perbarisan-perbarisan tentera pada 2022 dan tahun lepas, kumpulan bersenjata Houthi telah menampilkan beberapa peluru berpandu anti-kapal termasuk “Quds” dan “Sayyad” yang dipercayai telah dibekalkan oleh Iran.

Kedua-dua, “Quds” dan “Sayyad” itu dikatakan memiliki kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 800km.

Perbarisan-perbarisan tentera Houthi itu juga menampilkan beberapa jenis peluru berpandu ballistik anti-kapal yang menggunakan teknologi infrared dan juga imaging infrared seeker.

Antara yang dipamerkan untuk tuntutan awam oleh Houthi adalah “Asef” yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 450km dan merupakan peluru berpandu ballistik anti-kapal yang dijenamakan semula daripada peluru berpandu “Fateh 313”milik Iran.

Sementara itu ia juga menunjukkan “Tankil” yang juga dijenamakan semula daripada peluru berpandu anti-kapal “Zohayr” Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 500km.

Kedua-dua peluru berpandu itu, “Asef” dan “Tankil” yang dijenamakan semula daripada peluru berpandu Iran adalah peluru berpandu paling berkuasa dengan bahan peledak dibawa masing-masing adalah 300kg.

Sementara itu, kumpulan Houthi juga memiliki peluru-peluru berpandu ballistik anti-kapal yang lebih kecil seperti “Faleq”, “Mayun” dan “Bahr al-Ahmar” yang boleh membedil sasaran sejauh 140km dan juga adalah berdasarkan kepada teknologi Iran.

Penguasaan teknologi peluru berpandu ballistik anti-kapal adalah kompleks dan pegawai-pegawai tentera Iran mengakui bahawa membangunkan teknologi itu adalah mencabar.

Didalam beberapa minggu kebelakangan ini, kumpulan bersenjata Houthi telah melancarkan peluru-peluru berpandu anti-kapal dan juga peluru berpandu ballistik anti-kapal terhadap kapal-kapal dagang antarabangsa  yang didakwa mereka sedang menuju ke pelabuhan di Israel.

Walaupun mereka melancarkan peluru-peluru berpandu terhadap kapal-kapal dagang itu serta kapal perang Amerika serta sekutunya yang berkawal di Laut Merah, namun pada kumpulan Houthi juga berhadapan dengan cabaran.

Kumpulan Houthi kekurangan peralatan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) seperti pesawat peronda maritime dan satelit yang kerapkali dikaitkan dengan memberikan maklumat tentang sasaran yang akan dibedil oleh peluru-peluru berpandu terbabit.el-Mandeb

Walauapapun, kepelbagaian sistem peluru berpandu anti-kapal dimiliki oleh kumpulan Houthi telah menimbulkan persoalan tentang strategi Iran di rantau itu.

Ia menunjukkan fokus jangka panjang Iran dalam memperkuatkan persenjataan anti-kapal Houthi dan usaha Teheran untuk mengeksport strategi maritimnya di Teluk Parsi dan Selat Hormuz kepada Laut Merah dan Selat Bab el-Mandep. — DSA

featuredHouthiKapalPeluru berpandu
Comments (0)
Add Comment