Iran Dedah “Heidar-7”, Varian Dipermoden Dari Kenderaan Perisai BTR-60PB Zaman Soviet

Heidar-7, yang merupakan varian dipermodenkan daripada BTR-60PB buatan Russia/Kesatuan Soviet itu menyertakan peningkatan kemampuan termasuk dilengkapi dengan meriam 23mm otomatik yang baru dan dilindungi dengan Explosive Reactive Armor (ERA) bagi membolehkan ia menahan bedilan senjata anti-kereta kebal musuh.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada perarakan sempena Hari Tentera Darat Iran Teheran, tentera Iran telah mendedahkan kereta perisai dipanggil “Heidar-7” yang merupakan kenderaan perisai BTR-60PB dibangunkan ketika zaman Kesatuan Soviet tetapi telah dipermodenkan menggunkan kepakaran industri pertahanan Iran.

Varian dipermodenkan BTR-60PB itu menyertakan peningkatan kemampuan termasuk dilengkapi dengan meriam 23mm otomatik yang baru dan dilindungi dengan Explosive Reactive Armor (ERA) bagi membolehkan ia menahan bedilan senjata anti-kereta kebal musuh.

Kereta perisai BTR-60PB telah mula digunakan pada 1961.

Hasil kepakaran industri pertahanan Iran, turret yang menggunakan meriam asal 23mm itu telah digantikan dengan Remote Control Weapon System (RCWS) 23mm yang membolehkan Heidar-7 untuk menembak jatuh pesawat-pesawat yang terbang rendah pada jarak 2.5km.

Manakala bagi kenderaan armor, Heidar-7 boleh mensasarkannya daripada jarak 2km.

Sejak kejatuhan pemerintahan Shah Iran pada 1979, Iran telah melihat tranformasi besar-besaran terhadap strategi ketenteraan dan kemampuannya, dengan fokus untuk berdikari akibat sekatan ekonomi serta isolasi dunia antarabangsa.

Salah satu aspek utama transformasi itu adalah adaptasi peralatan tentera yang berasal daripada Russia.

Berikutan kejatuhan pemerintahan Shah Iran, Teheran mendapati ia tidak lagi dibenarkan memperolehi sistem-sistem persenjataan daripada dunia Barat, menyebabkannya berpaling kepada Russia/Kesatuan Soviet sebagai jalan alternatif.

Iran memperolehi pelbagai jenis sistem persenjataan daripada Russia/Kesatuan Soviet daripada pesawat pejuang, kapal selam sehinggalah kepada sistem pertahanan udara.

Perolehan-perolehan daripada Russia/Kesatuan Soviet bukan sahaja telah meningkatkan kemampuan angkatan tentera Iran tetapi pada masa yang sama ia juga telah meningkatkan kemampuan industri pertahanan Iran untuk menghasilkan produk-produknya sendiri, selain memodenkan aset-aset sedia ada dengan kemampuan teknologi Iran sendiri.

Dekad terakhir telah menyaksikan industri pertahanan Iran berjaya mencatat sejarah dengan membangunkan teknologi tersendirinya dan menaiktaraf sistem persenjataannya yang sedia ada.

Pembangunan kenderaan perisai seperti Heidar-7 yang merupakan varian yang telah dipertingkat kemampuannya daripada BTR-60PB merupakan bukti kepada usaha yang dilakukan oleh industri pertahanan Iran.

Dengan menyertakan teknologi terkini seperti RCWS dan plat-plat ERA telah membuktika bahawa Iran kini semakin giat mempertingkatkan kemampuan platform-platfrom yang lama dengan peralatan baru bagi memastikan ia berkemampuan menangani cabaran masa kini. — DSA

 

 

featuredHeidarIranSoviet
Comments (0)
Add Comment