NATO Gusar Kehadiran MiG-31K Dengan “Kinzhal” Di Kaliningrad

Jika pesawat MiG-31K yang dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” itu berlepas daripada Kaliningrad yang bersempadan dengan negara anggota NATO, Poland dan Lithuania, ia berkemampuan membedil bandar-bandar besar Eropah seperti London,Rome, Paris dan lain-lain di dalam tempoh di antara tujuh hingga 10 minit.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa bulan, tentera Russia telah meningkatkan kehadiran aset-aset tentera di wilayah Kaliningrad, sebuah eksklave miliknya yang terletak di antara negara-negara anggota NATO iaitu Poland dan Lithuania.

Kaliningrad adalah sebuah eksklave, yang merupakan sebuah wilayah kecil milik Russia tetapi secara geografinya ia terpisah daripada tanah besar Russia.

Disebabkan kedudukannya yang bersempadan dengan negara-negara anggota NATO seperti Poland dan Lithuania, maka sebarang peningkatan aktiviti mahupun aset-aset tentera Russia sememangnya menarik perhatian daripada pihak NATO dan Amerika Syarikat.

Menurut media-media Barat, Russia telah meningkatkan kehadiran aset-aset strategik tenteranya di Kaliningrad seperti sistem-sistem pertahanan udara, peluru berpandu taktikal “Iskander” dan juga pesawat pemintas jarak jauh MiG-31 yang berkemampuan membawa peluru berpandu hypersonik “Kinzhal.”

Perhatian sepenuhnya diberikan terhadap kehadiran lebih banyak pesawat pemintas jarak jauh MiG-31 di Kaliningrad berikutan kemampuan pesawat itu, bukan sahaja daripada teknikalnya tetapi kemampuannya membawa peluru berpandu hypersonik “Kh-47M2 Kinzhal.”

Peluru berpandu Hypersonik “Kinzhal”

 

Pada Ogos lepas, Kementerian Pertahanan Russia telah melaporkan ketibaan tiga buah pesawat pemintas jarak jauh MiG-31K di pangkalan udara Chkalovsk,Kaliningrad bagi memulakan misi kombatnya di wilayah terbabit.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Russia, pesawat-pesawat MiG-31K itu merupakan sebahagian daripada deterren strategik negara itu terhadap apa juga ancaman terhadap negara itu.

Sejak konflik di Ukraine tercetus pada Februari lepas menyebabkan ketegangan di antara NATO dan Russia, sebarang pengerakan tentera atau aset Russia di Kaliningrad sentiasa mendapat perhatian mendalam daripada pihak NATO dan media-media Barat.

Sebab itu kehadiran tiga buah pesawat MiG-31K di pangkalan udara di Kaliningrad itu mendapat liputan meluas di kalangan media-media Barat.

Apa yang “membimbangkan” mereka adalah kerana pesawat MiG-31K itu berkemampuan membawa peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” yang bukan sahaja memiliki kelajuan di antara Mach 10 hingga Mach 12,  tetapi juga mampu terbang sejauh 2,000km.

Presiden Amerika Syarikat Jo Biden juga mengakui setakat ini pihak tentera negara itu tidak mempunyai cara untuk menghalang serangan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal.”

Russia telah menggunakan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” dalam konflik di Ukraine pada Mac lepas apabila pesawat MiG-31K yang membawa peluru berpandu itu telah membedil kemudahan simpanan peluru di wilayah Ivano-Frankivsk di barat Ukraine.

Serangan di barat Ukraine itu merupakan kali pertama peluru berpandu hypersonik digunakan dalam peperangan.

Sebab itu pihak NATO memberikan perhatian yang berat terhadap sebarang aktiviti ketenteraan di wilayah Kaliningrad, terutamanya melibatkan penempatan pesawat-pesawat MiG-31 yang boleh dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal.”

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kerana jika pesawat MiG-31K yang dilengkapi dengan peluru berpandu Hypersonik “Kinzhal” itu berlepas daripada Kaliningrad, ia berkemampuan melakukan serangan terhadap bandar-bandar besar Eropah seperti London,Rome, Paris dan lain-lain di dalam tempoh di antara tujuh hingga 10 minit.

Setiap peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” itu dilengkapi dengan kira-kira 500kg peledak konvensional atau 500 kiloton peledak nuklear yang merupakan 33 kali ganda lebih berkuasa daripada apa yang digunakan terhadap bandar Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua.

Presiden Vladimir Putin mendedahkan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” pada tahun 2018. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

featuredKaliningradKinzhalMiG-31KNATO
Comments (0)
Add Comment