Siapakah Pemilik Kapal Selam Ini?

Selaras dengan UNCLOS 1982, Kementerian Pertahanan Malaysia mengkehendaki mana-mana kapal selam asing, sama ada ia berkuasa konvensional atau nuklear, untuk sentiasa berada di atas permukaan air (surface) ketika belayar di mana-mana perairan milik Malaysia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang pegawai yang berlayar atas kapal menuju ke Bintulu, Sarawak telah “terserempak” dengan sebuah kapal selam yang sehingga kini tidak dapat dipastikan identiti atau negara pemiliknya.

Pegawai kapal itu berkesempatan mengambil gambar kapal selam itu ketika ia berlayar di atas permukaan air.

 “My officer-friend on his ship today spotted this on his way to Bintulu. Thing is that conning tower is too straight n too long for a Scorpene sub. That’s not a Malaysian sub! Correct me ship spotters. think I’m right. Chinese sub? Looks like a US Los Angeles class,” menurut pemilik akaun Twitter iHammy!@BorneoBah

Kredit pemilik akaun Twitter iHammy!@BorneoBah

 

“Kawan-pegawai saya (ketika) di atas kapalnya melihat ini (kapal selam) ketika dalam pelayaran ke Bintulu. Satu perkara adalan menaranya adalah terlalu lurus dan terlalu panjang untuk kapal selam Scorpene (milik TLDM). Itu bukan kapal selam Malaysia! Perbetulkan saya ship spotters, saya merasakan sata betul. Kapal selam milik China? Ia kelihatan seperti kapal selam Amerika Syarikat kelas-Los Angeles.” (Terjemahan)

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki dua buah kapal selam kelas-Perdana Menteri jenis “Scorpene”, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, tetapi berdasarkan daripada gambar yang disiarkan pemilik akaun Twitter, hampir pasti ia bukan milik kapal selam TLDM.

Saiz dan bentuknya, walau daripada jauh tidak menampakkan ia kapal selam Scorpene milik TLDM.

Adalah pasti, kapal selam dalam gambar akaun Twitter itu adalah milik negara asing dan nampaknya ia mematuhi peraturan yang dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan, selaras dengan United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS 1982).

Selaras dengan UNCLOS 1982, Kementerian Pertahanan mengkehendaki mana-mana kapal selam asing, sama ada ia berkuasa konvensional atau nuklear, untuk sentiasa berada di atas permukaan air (surface) ketika belayar di mana-mana perairan milik Malaysia.

KD Tunku Abdul Rahman dan helikopter Fennec (TLDM.)

 

Mereka sama sekali tidak dibenarkan menyelam ketika melalui perairan Malaysia dan peraturan telah dinyatakan dengan jelas oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di Parlimen baru-baru ini.

“UNCLOS 1982 juga menyatakan bahawa mana-mana kapal selam yang melalui wilayah negara lain perlu belayar di atas permukaan air , tidak boleh menyelam, dia mesti lalu di atas permukaan air. Peraturan ini terpakai di negara kita dan negara-negara pesisir yang lain,” kata beliau di Parlimen pada Mac lalu.

Sungguh begitu kata beliau, jikalau ada kapal selam asing sama ada yang berkuasa konvensional atau berkuasa nuklear yang mahu belayar di bawah permukaan air ketika berada dalam perairan negara, maka tentera laut negara asing itu perlu mengemukakan permohonan kepada TLDM terlebih dahulu melalui nota diplomatik bagi mendapatkan kebenaran khas.

“Peraturan ini juga terpakai sekiranya ada kapal selam atau kapal perang yang ingin memasuki mana-mana pelabuhan di negara kita,” kata Mohamad Hasan dan menambah bahawa setakat ini negara-negara anggota Five Power Defence Arrangement (FPDA) mematuhi peraturan yang dikenakan oleh Malaysia itu.

Admin berpendapat terdapat kemungkinan kapal selam yang dilihat dalam gambar akaun Twitter itu adalah kapal selam berkuasa nuklear USS Columbia (SSN-771) daripada kelas-Long Angeles singgah Pangkalan Laut Changi, Singapura pada akhir April lalu.

Kapal selam “USS Columbia” di Teluk Sepanggar beberapa tahun lepas (kredit Twitter Pacific Submarines)

 

Mungkin selepas “singgah berehat” di Singapura, USS Columbia itu sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugasnya di Laut China Selatan, dalam misi untuk “memburu” kapal selam berkuasa nuklear China.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Singapura, kapal selam berkuasa nuklear Tentera Laut Amerika Syarikat, USS COLUMBIA berada di Pangkalan Laut Changi di Singapura untuk “kunjungan rutin” ke republic itu.

Dibina oleh syarikat Electric Boat milik General Dynamics dan ditauliah dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1995, USS COLUMBIA (SSN-771), kapal selam berkuasa nuklear kelas-Los Angeles memiliki berat 7,000 (submerged) dan membawa 130 krew.

Daripada segi sistem persenjataannya, kapal selam berkuasa nuklear yang berpangkalan di Pearl Harbor, Hawaii itu membawa puluhan torpedo, periuk api dan peluru berpandu kruis Tomahawk.

Medan operasi utama kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat USS COLUMBIA itu adalah di kawasan perairan di Indo-Pasifik, berkemungkinan besar untuk mengesan dan menjejak kapal selam-kapal selam China serta Russia yang “berkeliaran” di dasar laut. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

BintulufeaturedKapal SelamLos AngelesUSS Columbia