Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Hantar Kapal Destroyer Type 052D Ke LIMA 23. Cubaan Pikat Malaysia?

Adakah kehadiran kapal destroyer Type 052D milik China pada LIMA 2023 merupakan cubaan "serampang dua mata" oleh Beijing untuk menarik perhatian Malaysia dan tentera lautnya supaya menimbangkan pemilikan  kapal perang terbabit, selaras dengan keputusannya untuk mengeksport kapal perang Type 052D itu kepada negara-negara berminat.

0 6,120

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain kehadiran pasukan aerobatik “August 1st” atau “Ba Yi” pada LIMA 2023, penyertaan China pada pameran aeroangkasa dan maritim itu di Pulau Langkawi akan turut disertai oleh sebuah kapal destroyer Tentera Laut China daripada jenis Type 052D dinamakan “Zhanjiang”.

Kehadiran kapal destroyer Type 052D “Zhanjiang” itu telah disahkan oleh media-media China, tetapi buat masa ini, tiada lagi maklumat bilakah kapal perang moden China itu akan tiba di perairan pulau lagenda itu,

Kapal perang Type 052D “Zhanjiang” itu baru sahaja ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut China pada tahun lepas.

Type 052D
Kapal destroyer Type 052D Tentera Laut China.

 

Tentera Laut China dipercayai memiliki lebih daripada 25 buah kapal perang destroyer Type 052D di dalam perkhidmatannya, menjadikan ia kapal perang permukaan utamanya.

Kini selepas 25 buah kapal destroyer Type 052D ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut China dan enam buah masih dalam pembinaan, Beijing telah bersedia untuk mengeksport kapal perang modennya itu kepada mana-mana negara yang berminat untuk memperolehinya.

Varian eksportnya akan dikenali dengan designasi Type 052DE.

Adakah kehadiran kapal destroyer Type 052D itu di Malaysia merupakan cubaan “serampang dua mata” oleh Beijing untuk menarik perhatian Malaysia dan tentera lautnya supaya menimbangkan pemilikan  kapal perang terbabit?

Mungkinkah TLDM berminat dengan kapal destroyer Type 052DE?

Type 052D
Kapal destroyer Tentera Laut China, Type 052D

 

 Ketika mula diperkenalkan pada tahun 2014, kapal perang destroyer “Type 052D” milik China dianggap sebagai kapal perang destroyer termoden negara itu, setaraf dengan kapal perang destroyer kelas-Arleigh Burke milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

 Pakar-pakar ketenteraan China mendakwa kapal perang Type 052D seberat 7,500 tan dan sepanjang 161 meter itu merupakan kapal perang pertahanan udara paling moden di pasaran antarabangsa ketika ia mula-mula diperkenalkan.

Pakar ketenteraan China, Wei Dongxu sebagaimana dipetik oleh Global Times berkata kapal perang Type 052D telah membuktikan kemampuannya sebagai kapal perang yang tahan lasak dengan teknologi yang mature serta pilihan yang tepat untuk mass production.

Dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array), Vertical Launch System (VLS) yang berkemampuan melancar pelbagai jenis peluru berpandu dan siste fire-control termoden, Beijing membangunkan kapal perang Type 052D untuk menyaingi kapal perang kelas-Arleigh Burke Tentera Laut Amerika Syarikat.

Type 052D

Selain itu, kapal perang Type 052D itu turut dilengkapi dengan 64 buah cell VLS yang berkemampuan melancarkan peluru-peluru berpandu untuk menangani ancaman darat, udara, kapal serta bawah permukaan dibantu oleh radar AESA yang berkuasa tinggi itu.

Baru-baru ini, penganalisis pertahanan di Timur Tengah mendakwa Arab Saudi sedang berunding dengan China untuk memperolehi sehingga 12 buah kapal perang destroyer Type 052DE (varian eksport bagi kapal perang Type 052D).

Para penganalisis ketenteraan serantau mengatakan bahawa perolehan itu sekiranya direalisasikan bakal menjadikan Tentera Laut Arab Saudi sebagai tentera laut terkuat dirantau itu.

Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Baratnya juga mengakui keupayaan kapal perang Type 052D itu. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...