Iran Dilapor Hantar Peluru Berpandu Ballistik Fath-360, Sistem Pertahanan Udara Arman ke Russia

Laporan media menyatakan bahawa konvoi kenderaan tentera Iran dipercayai membawa sistem peluru berpandu ballistik jarak dekat Fath-360 dan sistem pertahanan udara Arman itu dikesan di Bandar-e-Anzali yang terletak berhampiran dengan Laut Kaspia untuk dihantar menerusi jalan laut ke Russia.
(DEFENSE SECURITY ASIA) – Iran dilaporkan telah menghantar peluru-peluru berpandu ballistik jarak dekat Fath-360 dan sistem pertahanan udara Arman ke Russia bagi membantu kempen ketenteraan negara itu terhadap Ukraine.
Laporan media menyatakan bahawa konvoi kenderaan tentera Iran dipercayai membawa sistem peluru berpandu ballistik jarak dekat Fath-360 dan sistem pertahanan udara Arman itu dikesan di Bandar-e-Anzali yang terletak berhampiran dengan Laut Kaspia untuk dihantar menerusi jalan laut ke Russia.
Menurut penganalisis, kedua-dua sistem persenjataan itu amat membantu kempen ketenteraan Russia di Ukraine dan penghantaran senjata itu berlaku ketika kerjasama ketenteraan di antara Russia dan Iran semakin meningkat sejak kebelakanga ini.
Peluru berpandu balistik jarak dekat Fath-360, juga dikenali sebagai BM-120, adalah sistem senjata buatan Iran yang dibangunkan oleh Organisasi Industri Aeroangkasa (AIO).
Ia pertama kali didedahkan pada awal ketika Hari Tentera Republik Islam Iran pada 18 April 2022.
Peluru berpandu ballistik jarak dekat Fath-360 itu memiliki jarak maksimum120km dan boleh dilengkapi dengan kepala peledak seberat 150kg.
Kenderaan membawa sistem pertahanan udara Arman dikesan di Bandar-e-Anzali di Laut Kaspia.
Ia boleh mencapai kelajuan Mach 3 semasa pelancaran dan Mach 4 ketika menghampiri sasaran dengan menggunakan Sistem Navigasi Satelit Global (GNSS) dan Sistem Navigasi Inersia (INS) sebagai sistem panduan dengan ketepatan kurang daripada 30 meter.
Fath-360 dilancarkan menggunakan pelancar mudah alih yang mampu membawa sehingga enam peluru berpandu serentak, membolehkan tindak balas pantas terhadap ancaman.
Pada Ogos 2024, laporan menyatakan bahawa anggota tentera Rusia telah menjalani latihan di Iran untuk mengendalikan sistem Fath-360, dengan Moscow dijangka menerima ratusan peluru berpandu ini untuk digunakan dalam konflik dengan Ukraine.
Fath-360 menambah keupayaan serangan tepat jarak dekat bagi tentera yang mengoperasikannya.
Dengan mobiliti tinggi dan masa tindak balas yang singkat, ia sesuai untuk menyerang sasaran taktikal di medan perang, selain penggunaan sistem panduan satelit meningkatkan ketepatan serangan, mengurangkan risiko kerosakan sampingan.
Fath-360
Sistem peluru berpandu ballistik jarak dekat Fath-360 dikatakan adalah pesaing kepada sistem HIMARS buatan Amerika Syarikat.
Peluru berpandu ballistik jarak dekat Fath-360 adalah sebahagian daripada strategi lebih luas oleh Iran untuk membekalkan Russia dengan peluru berpandu jarak jauh, termasuk varian Fateh-110.
Pembekalan peluru berpandu ballistik jarak dekat ini berpotensi meningkatkan keupayaan peluru berpandu Russia dengan ketara, terutamanya ketika negara itu berdepan tentangan yang semakin hebat di Ukraine serta kekurangan peluru berpandu berketepatan tinggi.
Penganalisis menjangkakan peluru berpandu ini mungkin digunakan terhadap sasaran strategik di Ukraine, di mana tentera Russia semakin bergantung kepada senjata berketepatan tinggi.
Sistem pertahanan udara Arman adalah sistem anti-ballistik jarak jauh yang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan Iran dengan sokongan Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran.
 Sistem ini diperkenalkan pada 17 Februari 2024 dalam satu majlis yang dihadiri oleh Brigadier Jeneral Mohammad Reza Ashtiani, Menteri Pertahanan Iran.
Antara ciri-ciri sistem pertahanan udara Arman adalah ia berkemampuan mengesan sasaran pada jarak sehingga 180 kilometer manakala ia berkeupayaan menjejak sasaran sehingga 160 kilometer.
Sistem ini boleh disiapkan untuk operasi dalam masa kurang daripada 3 minit dan mengesan sehingga 24 sasaran serentak.
Sistem pertahanan udara Arman mampu memberikan liputan 360 darjah dan boleh menangani enam sasaran berbeza termasuk peluru berpandu kruis, dron, serta peluru berpandu ballistik jarak dekat.
Fath-360
Terdapat dua versi sistem pertahanan udara Arman, masing-masing dilengkapi dengan radar yang berbeza iaitu:
Radar Pasif: Salah satu model menggunakan radar pasif untuk pengesanan sasaran.
Radar Aktif: Model lain dilengkapi dengan radar aktif untuk meningkatkan keupayaan pengesanan dan penjejakan.
Sistem Arman menggunakan peluru berpandu Sayyad-3F, yang dilancarkan secara menegak dan dibangunkan untuk menentang pelbagai ancaman udara.
Pembangunan sistem pertahanan udara Arman bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udara Iran, terutamanya dalam menghadapi ancaman peluru berpandu ballistik dan ancaman udara lain.
Dengan masa tindak balas yang pantas dan keupayaan untuk menjejaki serta menyerang pelbagai sasaran serentak, sistem ini memperkukuhkan pertahanan berlapis Iran terhadap ancaman udara moden.
Secara keseluruhan, sistem pertahanan udara Arman mencerminkan kemajuan Iran dalam pembangunan teknologi pertahanan canggih, memberikan negara tersebut keupayaan yang lebih baik untuk melindungi ruang udaranya daripada pelbagai ancaman. — DSA
ArmanFath-360IranRussia
Comments (0)
Add Comment