Singapura Jadikan Friget Kelas-Formidable Lebih “OOOMPH”

Diakui sebagai antara kapal permukaan paling berkemampuan di Asia Tenggara, kapal-kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Singapura akan lebih berkemampuan selepas menjalani "Mid-Life Upgrades" yang berkemungkinan menyaksikan ia dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal "Blue Spear" yang dibangunkan secara usahasama antara Singapura dan Israel.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun telah ditauliahkan dalam Tentera Laut Singapura pada 2008-2009, iaitu kira-kira 15 tahun yang lalu, kapal-kapal friget kelas-Formidable masih menarik perhatian pemerhati dan peminat pertahanan serantau sekaligus mengekalkan ia sebagai antara kapal perang permukaan paling berkemampuan di Asia Tenggara.

Diinspirasikan daripada kapal friget kelas “La Fayette”, Singapura menganugerahkan syarikat DCN (kini Naval Group) daripada Perancis untuk membina enam buah kapal friget kelas-Formidable bermula daripada kapal lead-ship iaitu RSS Formidable yang dibina di Perancis.

Kapal pertama RSS Formidable telah dibina di Perancis manakala lima lagi buah kapal seterusnya dibina di Singapura dibawa program pemindahan teknologi dengan ST Marine.

Penglibatan Naval Group dalam projek pembinaan kapal kelas-Formidable berakhir dengan kejayaan, manakala keterlibatannya bagi projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula sedang bergelumang dengan pelbagai masalah.

Bermula 13 tahun yang lalu, tiada sebuah kapal LCS TLDM telah “menyentuh” permukaan air lagi sehingga kini.  

Kapal friget kelas Formidable

 

Ok berbalik kepada kapal friget kelas-Formidable Singapura, kapal pertama RSS Formidable, RSS  Intrepid, RSS Steadfast dan RSS Tenacious telah ditauliahkan pada 2008 manakala dua kapal terakhir RSS Stalwart dan RSS Tenacious telah ditauliahkan pada 2009.

Ia adalah kapal kelas-friget yang direkabentuk sebagai “halimunan” dengan radar cross section yang rendah serta signatur akustik, infra red dan elektro magnetik yang amat rendah.

Mengapa ia dianggap sebagai kapal friget paling berkeupayaan di rantau ini?

Kapal friget kelas-Formidable sememangnya bersesuaian dengan namanya itu memiliki panjang 114 meter dan berat 3,200 tan bagi membolehkan ia membawa pelbagai sistem dan peralatan persenjataan bagi ia memelihara kepentingan maritim Singapura.

Ia dilengkapi dengan sistem komunikasi dan elektronik yang canggih yang kebanyakannya dibekalkan sendiri oleh syarikat-syarikat tempatan, Defence Science and Technology Agency (DSTA) dan Singapore Technologies Electronics.

Bagi sistem radarnya pula, ia menggunakan radar pelbagai guna “Herakles” yang dibekalkan oleh syarikat Thales manakala bagi radar search and navigation pula ia menggunakan “Terma Scanter 2001.”

Bagi sistem persenjataannya pula, keenam-enam buah kapal perang moden itu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” yang membawa kepala peledak seberat 227 kg dan berkemampuan membedil sasaran sejauh 130km.

 

Selain itu,untuk pertahanan dirinya daripada serangan udara pula, ia membawa 32 peluru berpandu “Aster 15” yang boleh mempertahankan kapal itu daripada serangan peluru berpandu sejauh 15 km manakala bagi ancaman udara lain seperti pesawat atau dron pula,jarak effektifnya adalah sejauh 30km.

Kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Singapura.

 

Bagi meriam pula, kapal-kapal kelas “Formidable” membawa meriam 76mm yang mampu menembak sebanyak ke sasaran sejauh 16km.

Setiap sebuah kapal friget “Formidable” itu juga dilengkapi dengan helikopter Sikorsky S-70.

Walaupun telah mencecah usia kira-kira 15 tahun tetapi kapal friget kelas-Formidable masih lagi sebuah kapal permukaan yang berkeupayaan tinggi dan Singapura telah pun mengorak langkah untuk menjadikannya lebih berkeupayaan menerusi program “Mid Life Upgrades” atau SLEP (Service Life Extension Program).

Sebagaimana telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan republik itu, kapal friget kelas-Formidable akan dinaiktaraf dan dipertingkat di bawah program Mid-Life Upgrades itu.

Peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear”

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut beliau, selepas naik taraf dan peningkatan kemampuan kapal perang utama Tentera Laut Singapura itu akan memiliki sistem pengurusan kombat dan komunikasi yang lebih jitu, persenjataan yang lebih ampuh dan sistem penyelenggaraan yang lebih baik.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas berkenaan peningkatan kemampuan persenjataan kapal friget kelas-Formidable, terdapat spekulasi bahawa Singapura akan melengkapkan kapal perangnya itu dengan sistem peluru berpandu anti-kapal yang baru.

Terdapat spekulasi bahawa Singapura akan melengkapkan kapalnya itu dengan peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” yang dibangunkan secara bersama antara syarikat Singapura, ST Engineering dan syarikat Israel, IAI tetapi dipasarkan oleh syarikat bersama,  Proteus Advanced System.

Kapal friget kelas-Formidable Tentera Laut Singapura.

 

Ia adalah untuk menggantikan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon”.

Sistem peluru berpandu anti-kapal “Blue Spear” adalah peluru berpandu sea-skimming yang boleh di-program untuk mod programmable atau automated dan berkeupayaan untuk membedil sasaran di laut atau darat sejauh 290km pada kelajuan subsonic.

“Blue Spear” adalah peluru berpandu anti-kapal generasi kelima yang bakal menjadikan kapal-kapal kelas-Formidable Singapura ini lebih berkeupayaan daripada apa yang telah ia ada pada ketika ini. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

  

 

featuredFormidableFrigetKapalSingapura
Comments (0)
Add Comment