Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal LMV S’pura, Lapan Dibina Dalam Tempoh Empat Tahun Setengah

Dalam tempoh empat tahun setengah sejak kapal Littoral Mission Vessel (LMV) pertama dilancar pada pertengahan 2015, negara jiran selatan tanahair itu telah berjaya membina dan mentauliah kesemua lapan buah kapal LMV pada Januari 2020.

0 4,499

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Januari 2013, Kementerian Pertahanan Singapura menandatangani kontrak dengan ST Engineering Ltd bagi pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Vessel (LMV) untuk kegunaan Tentera Laut Republik Singapura.

Kelapan-lapan kapal terbabit dibina oleh anak syarikat ST Engineering iaitu ST Marine di dalam negara berdasarkan kepada rekabentuk yang dibangunkan secara bersama oleh ST Marine dan Saab Kockums AB.

Defence Science and Technology Agency (DSTA), seperti STRIDE, merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan pembinaan kapal-kapal LMV itu dan soal pengintegrasian sistem bagi projek pembinaan kapal-kapal  itu.

Kelapan-lapan kapal LMV Tentera Laut Repubik Singapura dibina untuk menggantikan kapal-kapal peronda kelas-Fearless yang telah berkhidmat dengan republik itu selama 20 tahun.

Selepas menandatangani kontrak pada 2013, kapal LMV yang pertama iaitu RSS Independence telah dilancarkan pada tahun 2017 dan ditauliahkan ke dalam tentera laut republik itu pada bulan Mei, 2017, diikuti oleh kapal LMV kedua serta ketiga, RSS Sovereignty dan RSS Unity yang ditauliahkan dalam tentera laut pada November 2017.

LMV
Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura.

 

Kapal LMV keempat, RSS Justice juga diserahkan kepada tentera laut Singapura pada 2017 manakala kapal LMV kelima RSS Indomitabe telah ditauliah oleh republik itu pada 2018.

Manakala kapal LMV keenam, ketujuh dan kelapan pula, RSS Fortitude,RSS RSS Dauntless and RSS Fearless pula ditauliah dalam tentera laut republik itu pada Januari 2020.

Kesemua lapan buah kapal LMV terbabit telah dibina di limbungan kapal tempatan di Singpura, dengan kapal pertama dilancarkan pada 2015 dan pada 31 Januari 2020 kapal LMV kelapan dan terakhir, RSS Fearless telah pun ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut republik itu.

LMV

Dalam empat tahun setengah sahaja, kesemua lapan buah kapal LMV kelas-Independence Tentera Laut Republik Singapura itu telah berjaya dibina dan ditauliahkan.

Kesemua kapal LMV tentera laut negara jiran itu itu kini sibuk dengan operasi dan misi masing-masing.

“Kita mempunyai pelbagai sebab untuk berbangga dengan kapal-kapal LMV ia direkabentuk dan dibina di Singapura oleh warga Singapura untuk Singapura, “ kata Menteri Sumber Manusia republik itu Josephine Teo ketika majlis pentauliahan tiga kapal LMV terakhir pada Januari 2020 itu.

LMV

Kelapan-lapan buah kapal LMV kelas-Independence Tentera Laut Singapura itu memiliki berat keseluruhan 1,250 tan dan 80 meter panjang.

Kapal LMV negara jiran itu dilengkapi sistem persenjataan meriam Oto Melara 76mm, Rafael Typhoon meriam 25mm, mesingan 12.7, Long Range Acoustic Device (LRAD) serta boleh menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana.

Selain itu, kapal-kapal LMV Singapura itu turut dilengkapi dengan 12 pelancar Vertical Launch System (VLS) peluru berpandu pertahanan udara “VL Mica” yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Missile Systems.

LMV
Peluru berpandu VL Mica yang melengkapkan kapal LMV Singapura.

 

Peluru berpandu VL Mica itu akan memberikannya perlindungan daripada ancaman-ancaman udara termasuk pesawat dan peluru berpandu.

Selain itu ia kapal LMV negara jiran itu dilengkapi dengan enjin yang berkuasa, sekaligus membolehkan ia meluncur selaju 27 knot di lautan selain boleh melakukan rondaan sehingga 3,000 batu nautika serta boleh berada di lautan selama 14 hari.

Kelapan-lapan buah kapal LMV Tentera Laut Singapura itu tidak direkabentuk untuk beroperasi hanya di dalam sempadan maritim republik itu, tetapi ia perlu bersedia untuk memastikan Sea Lines of Communication (SLOC) itu sentiasa terbuka dan bebas untuk kepentingan perdagangan republik itu.

LMV

SLOC yang berkepentingan kepada Singapura boleh berada di mana-mana termasuk di Laut China Selatan.

Selaras dengan namanya iaitu Littoral Mission Vessel atau Kapal Misi Littoral, kapal-kapal milik Tentera Laut Singapura itu berkeupayaan mengendalikan pelbagai situasi/misi dan bukan hanya untuk berhadapan ketika konflik sahaja.

Kapal-kapal LMV Tentera Laut Singapura itu mampu menangani konflik berintensiti rendah (low intensity conflict) dan operasi-operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). — DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Comments
Loading...