Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan Kini Negara Pengeksport Senjata Ke-4 Terbesar Dunia

Pada tahun ini,Korea Selatan dijangka muncul sebagai negara pengeksport keempat terbesar dunia dengan eksport senjatanya melonjak kepada kira-kira US$17 bilion (RM68 bilion), dibantu oleh konflik ketenteraan yang berlaku di Ukraine.

0 1,578

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di antara tahun 2017 hingga 2021, Eropah dan Amerika Syarikat merupakan pengeksport terbesar senjata di dunia dengan menyumbang 87 peratus daripada keseluruhan eksport produk berkenaan.

Bagaimanapun untuk tahun ini, sebuah negara Asia iaitu Korea Selatan telah memecah dominasi Eropah dan Amerika Syarikat untuk muncul sebagai di antara negara pengeksport senjata terbesar dunia.

Presiden Korea Selatan Yoon suk-Yeol dilaporkan berkata bahawa negara itu sememangnya mensasarkan untuk menjadi negara pengeksport keempat terbesar di dunia.

Dengan konflik di Ukraine, sikap agresif China di Laut China Selatan dan konflik berpanjangan di Timur Tengah telah memberikan peluang kepada syarikat-syarikat pertahanan Korea Selatan untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan jualan senjata mereka.

Negara-negara di rantau berkonflik itu telah meningkatkan belanjawan pertahanan mereka.

Chunmoo
“Chunmoo”

 

Mengikut Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI), pada tahun 2000 Korea Selatan merupakan negara pengeksport senjata ke-30 terbesar di dunia sebelum kedudukannya melonjak ke tangga ke-lapan di antara 2017 hingga 2021.

Pada tahun ini,Korea Selatan dijangka muncul sebagai negara pengeksport keempat terbesar dunia dengan eksport senjatanya melonjak kepada kira-kira US$17 bilion (RM68 bilion), dibantu oleh konflik ketenteraan yang berlaku di Ukraine.

Antara tarikan utama sistem persenjataan Korea Selatan adalah harganya yang kompetitif berbanding harga bagi sistem yang sama dihasilkan oleh firma daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

Satu lagi tarikan adalah kepantasan di mana syarikat-syarikat pertahanan Korea Selatan itu memenuhi pesanan pelanggan mereka.

Tarikan lain adalah kesediaan syarikat-syarikat pertahanan Korea Selatan untuk berkongsi teknologi dan menghasilkan produk mereka di negara-negara yang membeli.

FA-50
Pesawat pejuang ringan FA-50

 

Antara pelanggan utama industri pertahanan Korea Selatan pada tahun ini adalah Poland yang telah berbelanja berbilion-bilion dollar Amerika Syarikat untuk memperolehi sistem-sistem persenjataan buatan negara Asia Timur itu.

Bersempadan dengan Ukraine dan Russia,  Poland telah meningkatkan bajet pertahanannya bagi bersedia dengan segala kemungkinan sekiranya konflik di negara-negara jirannya merebak ke sempadannya.

Pada tahun ini sahaja, Poland telah menandatangani beberapa kontrak bernilai US$8.8 bilion (RM35.2 bilion) dengan Korea Selatan untuk memperolehi pelbagai sistem persenjataan keluaran Korea Selatan daripada pesawat pejuang ringan FA-50, kereta kebal utama K2 Black Panther dan sistem meriam bergerak K9.

Sebahagian besar daripada sistem persenjataan yang dibeli Poland ini akan dihasilkan di dalam negara.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada Oktober lalu, negara Eropah Timur itu membelanjakan US$3.6 bilion (RM14.4 bilion) untuk memperolehi sistem pelancar roket berganda “Chunmoo” buatan Korea Selatan untuk mempertahankan wilayah timur negara itu daripada ancaman Russia.

Poland akan mula memperolehi sistem roket “Chunmoo” itu pada awal tahun depan,hanya beberapa bulan selepas ia menandatangani kontrak pembelian.

Korea Selatan secara diam-diam telah menjadi pengeksport senjata yang digemari oleh pelbagai negara, bermula daripada usaha negara itu membina industri persenjataaan tempatan untuk mempertahan negara itu daripada Korea Utara. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...