Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Friget Kelas “Formidable” Tentera Laut Singapura

0 871

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal Friget kelas “Formidable” Tentera Laut Singapura (RSN) dikatakan adalah kapal friget paling berkemampuan di Asia Tenggara dan ia memang adalah sesuatu yang sukar untuk menafikannya.

Bagaimanapun jika kapal LCS kita siap sebagaimana dirancang, mungkin kita boleh bersaing. Tetapi sebagaimana yang kita tahu, kapal LCS kita gagal disiapkan (walau RM6 bilion telah dibayar).

formidable

Ok kapal friget kelas “Formidable” RSN yang mengikut rekabentuk kapal friget Perancis “La Fayette” bukanlah kapal yang baru kerana kapal pertama telah pun beroperasi pada 2004 diikuti oleh lima buah kapal yang lain di antara 2004 hingga 2006. Menjelang 2009, kesemua enam buah kapal friget Formidable telah ditauliahkan dalam perkhidmatan tanpa banyak masalah.

Kapal pertama iaitu RSN F68 Formidable telah dibina di limbungan kapal DCN (Naval Group) di Lorient, Perancis manakala lima yang lain dibina di dalam Singapura iaitu di limbungan kapal milik syarikat tempatan, ST Marine, sekaligus membuktikan keupayaan industri perkapalan republic itu dalam membina kapal-kapal tentera serta komersial.

(Rakaman pelancaran peluru berpandu Aster pada latihan Rim of the Pacific (RIMPAC) tahun ini)

Lima buah kapal friget Formidable adalah F69 Intrepid, F70 Steadfast,  F71 Tenacious, F72 Stalwart dan F73 Supreme.

Kapal friget RSN yang seberat 3,200 (full load) ini dilengkapi dengan ciri-ciri halimunan selaras dengan kemampuan moden sensor dan persenjataannya bagi membolehkannya menangani ancaman daripada tiga dimensi iaitu, udara, permukaan dan bawah permukaan.

formidable

Kapal yang sepanjang 141 meter dan membawa 91 krew juga dilengkapi dengan hangar yang menempatkan sebuah helikopter Sikorsky S-70 Seahawk.

Mengenai  sistem persenjatannya, keenam-enam buah kapal Friget kelas Formidable RSN ini membawa sehingga 10 buah peluru berpandu anti kapal Harpoon, 32 buah peluru berpandu anti pesawat Aster dan torpedo jenis Whitehead bagi misi anti kapal selam.

formidable

Ia juga dilengkapi dengan meriam Oto Melara Super Rapido 76mm, Typhoon MK25 dan mesingan berat 12.7mm.

Mengenai enjin, ia menggunakan CODAD (Combined Diesel and Diesel) yang mampu meluncur melebihi 25 knot dengan jarak operasi melebihi 3,500 batu nautika untuk menjaga SLOC (Sea Line of Communication) yang merupakan nadi bagi negara perdagangan maritime sepertinya.

Formidable
PAT Jen Tan Sri Afendi Buang juga telah dibawa meninjau kapal friget kelas Formidable ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...