Amerika Larang F-35I “Adir” Tentera Udara Israel Diterbangkan Juruterbang Passport Asing

Larangan terhadap mana-mana juruterbang pesawat F-35 Tentera Udara Israel yang bukan warganegara Israel daripada menerbangkan pesawat itu diambil oleh Washington kerana ia bimbang tentang kemungkinan “kebocoran” maklumat keselamatan dan teknologi berkenaan pesawat itu kepada pihak asing.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan agensi perisikannya telah mengeluarkan arahan untuk melarang mana-mana juruterbang pesawat F-35 Tentera Udara Israel yang memiliki  passport asing (selain passport Israel) daripada menerbangkan pesawat pejuang generasi kelima buatan syarikat Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Tindakan itu diambil atas kebimbangan tentang kemungkinan “kebocoran” maklumat keselamatan dan teknologi berkenaan pesawat itu kepada pihak asing.

Pihak Tentera Udara Israel dikatakan menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu dan tidak lagi membenarkan juruterbang-juruterbang dengan passport asing daripada menerbangkan pesawat canggih itu.

Israel merupakan pasaran eksport pertama bagi pesawat pejuang F-35, dengan negara itu memilih pesawat itu pada tahun 2010.

Enam tahun selepas itu, pada Jun 2016, Tentera Udara Israel menerima pesawat F-35A “Adir” yang pertama dan setahun selepas itu pada 2017 mengisytiharkan pesawat-pesawatnya sebagai sudah bersedia untuk beroperasi.

Tentera Udara Israel membeli 50 buah F-35I “Adir” (Mighty), dengan ia telah pun menerima 14 buah pesawat pejuang canggih itu setakat ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, Israel dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan pertahanan dan keselamatan yang istimewa sejak berdekad lamanya.

Hubungan keselamatan dan pertahanan yang istimewa itu telah dibuktikan apabila Tentera Udara Israel diberikan kebenaran untuk melakukan perubahan yang difikirkannya perlu terhadap pesawat-pesawat buatan Amerika Syarikat termasuk F-35 bagi membolehkan pesawat itu menyesuaikan kemampuannya dengan keadaan tertentu.

Pesawat F-35I memiliki elemen-elemen hardware dan software yang direkabentuk oleh Israel, di mana mereka dibenarkan mempunyai akses kepada kotak hitam pesawat, sesuatu yang tidak dibenar dilakukan oleh operator F-35 yang lain termasuk negara-negara NATO yang membiayai program pembangunan pesawat pejuang itu.

Pesawat F-35I “Adir” milik Tentera Udara Israel adalah pesawat pejuang satu tempat duduk yang boleh juga digunakan bukan sahaja untuk misi-misi serangan tetapi juga pengumpulan maklumat perisikan.

Ia adalah satu-satunya varian pesawat F-35 yang memiliki kompartmen khas untuk menempatkan senjata yang tidak boleh dikesan (untraceable).

Bagaimana pula harganya?

Harga sebuah pesawat F-35I “Adir” dianggarkan diantara US$85 juta hingga US$100 juta.

Pesawat F-35I Israel memiliki kelajuan Mach 1.6 dengan radius operasi 2,200km.

Walaupun telah pun memiliki 50 buah pesawat F-35I, tetapi Israel bercadang menambah pemilikan pesawat itu dengan perolehan 25 lagi buap pesawat pejuang generasi kelima itu pada masa akan datang bagi membolehkannya mempunyai tiga buah skuadron. — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

AdirF-35IfeaturedJuruterbangTentera Udara Israel