Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Memalukan”, Komponen Penting Sistem Peluru Berpandu Taiwan Dihantar Ke China Untuk Baikpulih

Komponen penting itu dinamakan "Theodolite" dan merupakan instrumen optical yang penting dalam sistem peluru berpandu anti-kapal "Hsiung-Feng III" Taiwan. Pihak berkuasa Taiwan telah menghantar komponen sistem peluru berpandu itu ke wilayah Shandong di China untuk dibaikpulih.

0 5,890

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Dalam satu insiden yang memalukan serta disifatkan sebagai “membunuh diri” dan mengancam keselamatan negara, satu komponen penting dalam sistem peluru berpandu anti-kapal Taiwan telah dihantar ke China untuk dibaikpulih.

Komponen penting itu yang dinamakan “Theodolite”, merupakan instrumen optical dalam peluru berpandu anti-kapal “Hsiung-Feng III” Taiwan telah dihantar ke wilayah Shandong di China untuk dibaikpulih.

Dalam satu kenyataan, agensi kerajaan Taiwan, National Chung-Shan Institute of Science and Technology (NCSIST) mengatakan bahawa komponen yang digunakan oleh sistem peluru berpandu anti-kapal  itu telah dibeli daripada syarikat Switzerland, Leica pada tahun lepas.

Ia bagaimanapun telah dihantar balik ke syarikat pengeluarnya di Switzerland untuk tujuan baik-pulih baru-baru ini.

Menurut agensi kerajaan Taiwan itu, memory card komponen itu telah ditanggalkan sebelum ia meminta agen syarikat menghantar komponen itu ke Switzerland bagi tujuan baikpulih, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.

Taiwan
Peluru berpandu anti-kapal “Hsiung Feng III” dilancar dari kapal perang Taiwan.

 

Bagaimanapun, pihak Taiwan mendapati komponen itu telah dihantar balik ke negara pulau daripada wilayah Shandong di China selepas kerja-kerja baikpulih. 

Menurut NCSIST, pihak Leica memaklumkan bahawa pusat penyelenggaraan bagi komponennya adalah di Bandar Qingdao yang terletak di Wilayah Shandong di mana komponen “Theodolite” itu bagi sistem peluru berpandu anti-kapal Taiwan itu telah dihantar.

Sebaik menyedari tentang perkara itu, NCSIST telah menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap komponen terbabit bagi memastikan tiada “malware” dipasang pada komponen sistem peluru berpandu anti-kapal itu.

Pihak agensi Taiwan itu juga membincangkan cara-cara untuk mengelak komponen yang sama daripada dihantar ke China untuk tujuan penyelenggaraan bagi tujuan keselamatan.

NCSIST merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Taiwan untuk melipatganda pengeluaran peluru berpandunya kepada kira-kira 500 butir setiap tahun, bagi membantu tentera negara pulau itu meningkatkan keupayaan kombatnya pada ketika China mengancam untuk menyerangnya.

Taiwan

Kerajaan pulau itu cuba mempercepatkan pengeluaran peluru berpandunya sendiri dalam menghadapi ancaman ketenteraan yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh China.

Peluru berpandu anti-kapal “Hsiung-Feng III” merupakan produk NCSIST dan mula dibangunkan pada tahun 1994.

Dengan berat keseluruhan kira-kira 660kg, peluru berpandu Hsiung Feng III yang kini dilengkapkan di kapal-kapal perang Taiwan mampu membedil sasaran sehingga jarak di antara 120km hingga 150km.

Usaha juga sedang dilakukan oleh Taiwan untuk meningkatkan jarak peluru berpandu Hsiung Feng III ke sehingga 400km.

Sementara itu, Dr Su Tzu-yun daripada Defence Security Research Institute memberitahu BBC bahawa instrumen optical itu bukanlan komponen langsung kepada sistem peluru berpandu anti-kapal itu tetapi menasihatkan kerajaan Taiwan supaya lebih berhati-hati.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Kerajaan katanya perlu tegas dan berhati-hati dalam pengurusan kontrak.

Insiden “memalukan” bagi Taiwan itu berlaku ketika hubungannya dengan China tegang dengan jumlah pencerobohan oleh pesawat-pesawat kombat China terhadap ruang udara pulau meningkat sekali-ganda pada tahun lepas.

Pada 2022 itu, China telah menghantar 1,700 pesawat kombatnya ke Air Defence Identification Zone (ADIZ) Taiwan berbanding 960 pencerobohan pada 2021 dan 380 pada 2020.

China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada miliknya. – – DSA

 

Comments
Loading...