Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pesawat F-35I Israel Serang Kedudukan Tentera Iran Di Syria

0 897

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa jet pejuang F-35I “Adir” Tentera Udara Israel dilaporkan menyerang empat kemudahan tentera Kor Pengawal Revolusi Iran dan kumpulan-kumpulan militan proksinya di beberapa lokasi berdekatan Deir Azzor di  timur Syria.

Serangan pada waktu malam itu dilancarkan oleh pesawat-pesawat terbaru Tentera Udara Israel yang berlepas daripada Pengkalan Udara Nevatim di Beer Sheva, selatan Israel. Pada ketika ini, Israel memiliki dua buah skuadron terdiri daripada 16 buah pesawat F-35I “Adir”.

 

Menurut pemerhati pertahanan di Syria, serangan itu dilancarkan selepas pihak tentera Israel percaya Kor Pengawal Revolusi Iran dan kumpulan-kumpulan militant proksinya bakal melaksanakan beberapa siri serangan terhadap kedudukan tentera Israel.

Difahamkan serangan tentera udara Israel itu mensasarkan empat kemudahan tentera Kor Pengawal Revolusi Iran di Abukamal, Al-Mayadin dan Ayyash termasuk ibu pejabat kumpulan militant yang disokong oleh tentera elit Iran itu. Tiga pusat penyimpanan peluru yang dikawal oleh kumpulan-kumpulan itu dimusnahkan oleh pesawat-pesawat tentera Israel.

 

Adir
Anggota tentera Kor Pengawal Revolusi Iran di Syria.

Pemerhati pertahanan di Syria itu berkata, pihak tentera Israel percaya sekurang-kurangnya dua orang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Iran berpangkat Brigadier berada di salah sebuah daripada tiga lokasi yang disasarkan oleh pesawat pejuang Israel itu.

Nasib mereka bagaimanapun tidak diketahui setakat ini.

Beliau juga berkata, hasil maklumat yang diterimanya mengatakan kira-kira 20 anggota Kor Pengawal Revolusi Iran dan kumpulan-kumpulan militan proksinya terbunuh dalam serangan udara pesawat Israel itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...