50 Tahun Sejarah Operasi, F-15 Tembak Jatuh 103 Pesawat “Musuh”

Pesawat F-15 Eagle dibangunkan oleh McDonnel Douglas (kini sebahagian daripada Boeing) dianggap sebagai “Raja Kepada Segala Pesawat Pejuang” kerana sepanjang 50 tahun ia beroperasi, pesawat itu telah berjaya menembak jatuh 103 buah pesawat musuh tanpa mengalami walau satu kekalahan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 27 Julai yang lalu, pesawat F-15 Eagle telah menyambut ulangtahunnya yang ke-50, sekaligus muncul sebagai salah sebuah pesawat pejuang yang paling berjaya dalam sejarah pertempuran udara.

Pesawat F-15 Eagle dibangunkan oleh McDonnel Douglas (kini sebahagian daripada Boeing) dianggap sebagai “Raja Kepada Segala Pesawat Pejuang.”

Ia diberikan gelaran itu kerana sepanjang 50 tahun ia beroperasi, pesawat F-15 Eagle telah berjaya menembak jatuh 103 buah pesawat musuh, tanpa ia mengalami satu kekalahan di tangan musuh dalam pertempuran udara dengan musuh.

Sebahagian besar daripada kejayaannya menembak jatuh pesawat musuh itu berlaku di Timur Tengah dan dilakukan oleh pesawat-pesawat F-15 milik Tentera Udara Israel.

Menurut Boeing, pesawat pejuang F-15 milik Tentera Udara Israel merupakan pesawat F-15 yang pertama berdepan dengan musuh sebenar.

Mereka telah berjaya menembak jatuh lebih daripada 50 buah pesawat pejuang Tentera Udara Syria.

“Boeing amat berbangga dengan kemampuan pesawat F-15 yang telah pun terbukti dengan Amerika Syarikat dan rakan-rakan kami di seluruh dunia, “ kata Naib Presiden Program F-15,Prat Kumar baru-baru ini.

Program pembangunan pesawat F-15 bermula 50 tahun dahulu di atas permintaan Tentera Udara Amerika Syarikat yang mahukan sebuah pesawat pejuang untuk menjaga ruang udara negara itu.

Bagi memenuhi keperluan Tentera Udara Amerika Syarikat untuk memiliki pesawat pejuang yang boleh melaksanakan misi udara-ke-darat, pesawat F-15E telah dibangunkan oleh syarikat pembuatnya.

Pesawat F-15E telah melakukan penerbangan sulungnya di St Louis pada bulan Disember 1986.

Pesawat terbabit direkabentuk untuk membawa 23,000 pound senjata udara-ke-darat, udara-ke-udara serta dilengkapi dengan sistem navigasi yang canggih serta sistem penjejak sasaran infra-merah yang melindungi pesawat daripada sistem pertahanan udara musuh.

Pesawat F-15E mengugurkan bom pintar “Stormbreaker.”

 

Ini membenarkan pesawat F-15E terbang pada altitude yang rendah sementara mengekalkan kelajuan yang tinggi termasuk ketika cuaca buruk atau pada waktu malam.

Pesaawat F-15 telah dihasilkan daalam dua varian iaitu Model A satu tempat duduk manakala Model B pula memiliki dua tempat duduk.

Selain Amerika Syarikat, pesawat-pesawat F-15 turut digunakan Jepun, Israel,  Arab Saudi, Singapore, South Korea dan Qatar.

Pesawat-pesawat F-15C, D dan E turut terlibat dalam Operasi Desert Storm pada 1991.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat kombat itu turut terlibat dalam operasi di Bosnia pada 1994 dan telah menembak jatuh tiga buah pesawat MiG-29 yang digunakan oleh Serbia. 

Pada ketika ini terdapat 1,500 pesawat pejuang F-15 yang masih digunakan oleh seluruh dunia.

Tentera Udara Amerika Syarikat mula menggunakan pesawat F-15EX pada Mac tahun ini. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

F-15featuredPesawatUlangtahun