Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

FNSS Perkenal “PARS IV 6×6 Special Operations” Untuk Pasukan Khas

Menurut syarikat FNSS, kenderaan perisai PARS IV 6x6 Special Operations memberikan kemampuan yang optima menerusi kombinasi kenderaan MRAP (Mine Resistant Ambush Protected)  dan pergerakan pantas sebuah kenderaan perisai.

0 1,624

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkiye, FNSS telah membangunkan kenderaan perisai “PARS IV 6×6 Special Operations” khusus untuk digunakan oleh anggota pasukan khas bagi melaksanakan misi-misi khas mereka.

Kenderaan perisai itu telah dibangunkan secara bersama dengan Presidency of Defence Industries (SSB).

Bertempat di kemudahan FNSS di Golbasi,Ankara baru-baru ini, syarikat itu telah menyerahkan kenderaan perisai PARS IV 6×6 Special Operations kepada Tentera Turkiye dalam satu majlis penyerahan rasmi.

Kenderaan perisai untuk tugasan khusus itu telah didedahkan oleh syarikat dalam satu pameran pertahanan pada Ogos tahun lepas.

Menurut syarikat itu, kenderaan perisai PARS IV 6×6 Special Operations memberikan kemampuan yang optima menerusi kombinasi kenderaan MRAP (Mine Resistant Ambush Protected)  dan pergerakan pantas sebuah kenderaan perisai.

FNSS

Kenderaan itu memiliki tahap perlindungan balistik,periuk api dan IED (improvise explosive device) yang tinggi bersama-sama jaring Rocket Propelled Grenade (RPG) direkabentuk untuk memberikan perlindungan kepada krew daripada segala ancaman tidak konvensional dimana masa serta intensity-nya tidak boleh dijangka.

PARS IV 6×6 Special Operations juga dilengkapkan dengan beberapa sistem persenjataan bagi membolehkannya menangani beberapa sasaran secara serentak daripada semua arah termasuk di kawasan tinggi dan dron serta sasaran udara pada ketinggian altitude yang rendah.

Sistem Remote Control Weapon System (RCWS) terdiri daripada mesingan 7.62mm, 12.7mm mahupun pelancar grenade 40mm diletakkan di bahagian depan dan belakang kenderaan khusus itu.

FNSS

Sementara itu ketua SSB Ismail Demir pula berkata dalam upacara penyerahan kenderaan tempur untuk pasukan khas itu bahawa kenderaan PARS IV 6×6 Special Operations telah direkabentuk dengan teliti daripada mula hingga ke akhirnya.

Kenderaan itu memberikan penggunanya perlindungan dan keberkesanan kepada penggunanya.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sementara itu, pengurus besar FNSS Nail Kurt sebagaimana dipetik oleh media tempatan berkata,  kenderaan PARS IV 6×6 Special Operations itu telah diujj dipandu sejauh 25,000 km di dalam keadaan muka bumi yang sukar.

Ia adalah kenderaan seumpama yang dibekalkan oleh FNSS kepada Angkatan Tentera Turkiye. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...