Dron RQ-4B Global Hawk, P-8A Poseidon Amerika Beroperasi Secara Intensif di Timur Mediterranean

Sebuah dron pengintip altitud tinggi RQ-4B Global Hawk dan pesawat peronda maritim P-8A Poseidon Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dikesan “berlegar-legar” secara intensif di perairan timur Mediterranean tidak jauh daripada perairan Lubnan, Israel dan Syria dipercayai sedang “mencari sesuatu yang amat berharga" atau menandakan sesuatu "besar" bakal meletus tidak lama lagi.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah dron pengintip altitud tinggi RQ-4B Global Hawk dan pesawat peronda maritim P-8A Poseidon Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dikesan “berlegar-legar” secara intensif di perairan timur Mediterranean tidak jauh daripada perairan Lubnan, Israel dan Syria dipercayai sedang “mencari sesuatu yang amat berharga” atau menandakan sesuatu “besar” bakal meletus tidak lama lagi.

Pemerhati OSINT (Open Source Intelligence) menyatakan bahawa, dron HALE (High Altitude Long Endurance) itu yang dikenalipasti dengan callsign FORTE15 terbang setinggi 54,000 kaki di timur Laut Mediterranean tidak jauh daripada perairan ketiga-tiga negara sedang bergolak itu.

“Dron pengintip Amerika Syarikat RQ-4B itu melakukan penerbangan tanpa henti berhampiran perairan Lubnan, Israel dan Syria, dari pagi hingga ke malam. Apa yang sedang mereka cari dan untuk tujuan apa.”

“Apa yang @CENTCOM sedang lakukan?” menurut seorang pemerhati menerusi media sosial.

CENTCOM (Central Command) merupakan pusat pemerintahan tentera Amerika Syarikat yang menyelia operasi ketenteraan di rantau Timur Tengah.

Menurut mereka, ini adalah kali pertama sejak Disember 2023 di mana sebuah dron pengintip berkuasa tinggi RQ-4B dikesan melakukan operasi intensif di perairan timur Mediterranean tidak jauh Lubnan,

Pesawat P-8 “Poseidon”

 

Seorang lagi pemerhati OSINT antarabangsa menyatakan selain dron pengintip RQ-4B Global Hawk, sebuah pesawat peronda maritim P-8A Poseidon milik Amerika Syarikat juga dikesan melakukan rondaan berhampiran Lubnan.

Dron pengintip dan pesawat peronda maritim milik Amerika Syarikat itu dipercayai sedang melakukan penerbangan-penerbangan perisikan berkenaan kumpulan bersenjata Hezbollah dan kumpulan bersenjata lain di Lubnan.

Aset-aset perisikan Amerika Syarikat juga mungkin berminat untuk mengetahui dengan lebih tepat pergerakan anggota dan pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang berada di Syria dan Lubnan .

“Selain itu aset perisikan Amerika Syarikat itu juga berkemungkinan sedang memantau pergerakan tentera Russia di Syria.”

Kesemua aset perisikan Amerika Syarikat itu dipercayai beroperasi daripada Cyprus.

Seorang lagi pemerhati OSINT di media sosial meramalkan bahawa penerbangan-penerbangan intensif aset perisikan Amerika Syarikat diperairan berhampiran ketiga-tiga negara berkonflik itu menandakan “sesuatu yang besar” bakal berlaku tidak lama lagi.

Penerbangan RQ-4B Global Hawk
Penerbangan pesawat peronda maritim P-8A Poseidon

 

Ia mungkin bermaksud bahawa perang besar membabitkan Israel dan Hezbollah yang bakal menarik juga Iran akan meletus tidak lama lagi, berkemungkinan sekembalinya Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu daripada lawatannya ke Amerika Syarikat.

 Ketahanan operasi dron pengintip Global Hawk yang tinggi, membolehkan ia terbang tanpa henti selama 34 jam sebagaimana didakwa oleh tentera Amerika Syarikat, yang mula menggunakan dron pengintip HALE itu pada tahun 2005.

Pemerhati pertahanan mengatakan bahawa ketahanan operasi (endurance) dron pengintip Global Hawk itu adalah di antara 34-42 jam dan berkemampuan beroperasi daripada ketinggian 65,000 kaki serta radius operasi mencecah 14,000 batu nautika.

Aset yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif perisikan secara real-time itu telah dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumman dengan kerjasama Tentera Udara Amerika Syarikat.

Ia dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), perkakasan electro-optic oleh syarikat pertahanan RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon), sistem komunikasi oleh L3 dan kelengkapan electronic support measures.  — DSA

featuredLubnanPoseidonRQ-4B Global Hawk
Comments (0)
Add Comment