Dibangunkan Pakistan, Peluru Berpandu Kruis “Taimur” Beri Saingan Pada Storm Shadow/SCALP

Peluru berpandu kruis lancaran udara “Taimur” itu telah dibangunkan oleh syarikat pertahanan milik kerajaan Pakistan, Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) dan ia adalah pesaing kepada peluru berpandu kruis lancaran udara yang lain dipasaran seperti Storm Shadow/SCALP keluaran MBDA serta SOM yang dibangunkan oleh ROKETSAN.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mula diperkenalkan pada tahun 2022, peluru berpandu kruis lancaran udara (Air Launched Cruise Missile – ALCM) “Taimur” (Taimoor)  adalah peluru berpandu yang sukar dikesan, berkelajuan subsonic khusus untuk membedil sasaran-sasaran permukaan.

Peluru berpandu kruis lancaran udara “Taimur” (Taimoor)  itu telah dibangunkan oleh syarikat pertahanan milik kerajaan Pakistan, Global Industrial & Defence Solutions (GIDS) dan ia adalah pesaing kepada peluru berpandu kruis lancaran udara yang lain dipasaran seperti Storm Shadow/SCALP keluaran MBDA serta SOM yang dibangunkan oleh ROKETSAN.

“Taimur” adalah peluru berpandu kruis varian eksport peluru berpandu kruis lancaran udara RAAD-II ALCM yang bukan sahaja berkemampuan untuk dilengkapi peledak nuklear, tetapi juga membedil sasaran permukaan sejauh 600km.

Berkemungkinan besar dibawa oleh pesawat-pesawat pejuang JF-17 “Thunder”, sasaran permukaan yang boleh dibedil oleh “Taimur” termasuklah kapal-kapal perang dalam mode Stand-Off adalah sejauh 290km.

 “Taimur” dilengkapi dengan Imaging Infrared Seeker untuk sistem pencari sasaran berketepata tinggi, selain berkeupayaan untuk “terrain-hugging” dan “sea-skimming”, membolehkannya untuk terbang pada altitude rendah sebelum membedil sasaran.

“Taimur”

 

Beroperasi pada altitude rendah, peluru berpandu kruis lancaran udara “Taimur” berkemampuan untuk kekal halimunan dan stabil pada kelajuan subsonic semasa penerbangannnya.

Spesifikasi peluru berpandu “Taimur” ALCM:

  • Jarak: 290 Km
  • Jenis Peledak: Blast: Fragmentation
  • Sistem Navigasi: INS / GNSS
  • Panjang: 4.38 Meter
  • Berat: 1100 Kg
  • Panjang Sayap: 3.2 Meter

Sistem panduan peluru berpandu kruis “Taimur” menggunakan Inertial Guidance System (INS) dan Global Navigation Satellite System (GNSS) bersama-sama kesukaran dikesan (low observability), sekaligus membolehkannya menembusi jaringan sistem pertahanan udara dan mengelak daripada dipintas.

Direkabentuk menggunakan konsep modular, peluru berpandu kruis “Taimur” adalah varian ketiga peluru berpandu kruis RAAD ALCM, bagi membolehkannya terus dinaiktaraf dan ditingkat upaya supaya ia terus relevan dan berkesan dalam medan peperangan.

Peluru berpandu kruis lancaran udara “RAAD” yang dibangunkan oleh Pakistan itu merupakan peluru berpandu kruis dilengkapi dengan enjin turbojet dan berkemampuan membedil sasaran sejauh 600km.

“Taimur”

 

“Varian terkini Raad II itu telah meningkatkan dengan mendadak kemampuan Pakistan standoff dilancarkan di udara terhadap sasaran di laut dan daratan.”

Pakistan dilaporkan telah mempersiapkan pesawat pejuang JF-17 “Thunder” yang dibangunkannya bersama dengan China untuk membawa peluru berpandu kruis “RAAD” ALCM yang boleh dilengkapi dengan peledak nuklear.

Menurut kajian dilakukan oleh Federation of American Scientist (FAS), pihaknya membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada gambar yang dikeluarkan oleh Inter State Public Relations (ISPR) serta video pada perbarisan Hari Pakistan 2023 yang menunjukkan pesawat pejuang itu membawa peluru berpandu kruis lancaran udara, RAAD I/II ALCM.

Menggunakan teknik analisis foto terhadap gambar itu, badan bukan kerajaan Amerika Syarikat itu menyatakan bahawa panjang peluru berpandu kruis dibangunkan oleh Pakistan itu adalah sama dengan panjang peluru berpandu kruis lancaran darat yang dibawa oleh trak ketika perbarisan itu.

Pesawat pejuang JF-17 dilihat membawa peluru berpandu “RAAD” ALCM. (Image credit: Rana Suhaib/Snappers Crew)

 

Maka kesimpulan pertama pihak FAS adalah – “Pakistan berkemungkinan besar telah mengintergrasikan peluru berpandu kruis lancaran udara  “RAAD ALCM” yang boleh dilengkapi dengan peledak nuklear dengan pesawat pejuang JF-17 yang dibangunkannya secara bersama dengan China.

Ia juga membawa kemungkinan bahawa Pakistan mahu menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang Mirage III/IV yang sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk membawa/melancarkan peluru-peluru berpandu yang dilengkapi peledak nuklear. — DSA

 

featuredPakistanPeluru berpanduTaimur