Pesawat Pengebom B-52 Bakal Teruskan Khidmatnya Sehingga Ke Usia 100 Tahun

Jika pesawat B-52 itu berjaya dilanjutkan usianya ke tahun 2052 sebagaimana dirancang, maka ia bakal menjadi pesawat kombat pertama yang berkhidmat aktif di dalam mana-mana tentera udara secara berterusan selama 100 tahun.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang menaiktaraf pesawat pengebom strategiknya, B-52 “Stratofortress” bagi membolehkan pesawat pengebom yang memasuki perkhidmatan pada 1952 di awal era Perang Dingin itu terus menabur bakti untuk Uncle Sam sehingga usianya mencecah 100 tahun pada tahun 2052.

Jika pesawat B-52 itu berjaya dilanjutkan usianya kepada 2052 sebagaimana dirancang, maka ia bakal menjadi pesawat kombat pertama yang berkhidmat aktif di dalam mana-mana tentera udara secara berterusan selama 100 tahun.

Sebenarnya usaha untuk “melanjutkan” lagi usia pesawat pengebom utama itu sudah dicadangkan sejak beberapa tahun ini bagi memastikan ia dapat melaksanakan tugasannya dalam peperangan moden.

Ia juga untuk memastikan pesawat pengebom B-52 itu mampu membawa sistem persenjataan yang jauh lebih moden.

“Pesawat B-52 telah dan akan terus menjadi sebahagian daripada komponen kepada triad nuklear,” menurut kenyataan daripada Global Strike Command Tentera Udara Amerika Syarikat yang bertanggungjawab menentukan operasi pengeboman strategik dan jarak jauh.

Pengarah Kanan Program Pengebom Boeing Jennifer Wong berkata kepada sebuah laman web pertahanan antarabangsa berkata, Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang mengekalkan khidmat pesawat B-52 menerusi beberapa usaha peningkatan keupayaan.

Antara peningkatan keupayaan itu melibatkan penggantian enjinnya, pemodenan sistem radar pesawat dan satelit berfrekuensi tinggi.  

Baru-baru ini, disahkan bahawa pesawat pengebom B-52 akan dilengkapkan dengan radar AESA yang sama sebagaimana digunakan oleh pesawat-pesawat F/A-18E/F Super Hornet iaitu Raytheon AN/APG-79.

Pesawat-pesawat TUDM mengadakan latihan PASSEX dengan pesawat B-52 Stratofortress Tentera Udara Amerika Syarikat Pasifik (US PACAF) tidak lama dahulu. (kredit TUDM)

 

Radar AESA itu akan memberikan pesawat B-52 kemampuan yang lebih dalam mengesan sasaran daratan, pengesan sasaran, jarak dan lain lagi.

Kelapan-lapan enjin pesawat B-52 itu juga akan diganti daripada enjin Pratt & Whitney TF33 yang telah berusia dengan varian enjin Rolls-Royce F130.

Pesawat B-52 juga akan memiliki sistem komunikasi yang baru apabila ia menggunakan IRIS yang merupakan Sistem Beyond-Line-Of-Sight Communication (BLOS) bagi menggantikan Sistem Global Iridium Bomber Set (GLIBS) yang telah beroperasi sejak 2017.

Direkabentuk pada mulanya sebagai pesawat pengebom berkelajuan dan ber-altitud tinggi, B-52 pada ketika ini memiliki keupayaan untuk membawa dan melancarkan peluru berpandu AGM-86B Air-Launched Cruise Missile (ALCM).

Pesawat B-52 di Pengkalan Udara Andersen, Guam. (PACAF)

 

Pesawat B-52 merupakan platform utama senjata nuklear dan konvensional strategik bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Berusia 70 tahun pada ketika ini, pesawat B-52 digunakan secara ekstensif oleh Tentera Udara Amerika Syarikat walapun tentera udara itu memiliki pesawat pengebom strategik yang lain seperti B-1 Lancer dan B-2 Spirit.

Pada ketika ini Amerika Syarikat telah mengerahkan pesawat-pesawat B-52 ke sempadan Sweden dan Finland.

Amerika Syarikat juga mengerah pesawat-pesawat B-52 dalam misi Bombers Task Mission ke Indo-Pasifik.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Amerika Syarikat masih mempunyai kira-kira 58 buah pesawat pengebom strategik B-52 yang berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat ketika ini, dengan 18 buah pesawat di dalam simpanan dan 12 buah pesawat dalam stor.

Keseluruhannya Amerika Syarikat membina sebanyak 744 buah pesawat pengebom strategik B-52 untuk kegunaannya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

100 tahunAmerikaB-52featuredPengebomUsia
Comments (0)
Add Comment