Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat KAI Bangunkan Helikopter Penyerang Untuk Operasi Amfibia

Helikopter penyerang amfibia yang bakal dibangunkan untuk Kor Marin Korea Selatan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) itu akan dilengkapi dengan meriam 20mm, peluru berpandu anti-kereta kebal "Chungum" (Sky Sword) dan roket 70mm, selain peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat seperti FIM-92 Stinger.

0 3,967

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bukan sahaja membangunkan pesawat pejuang ringan seperti FA-50, tetapi ia juga telah diberikan kontrak oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan untuk membangunkan helikopter penyerang marin untuk Kor Marin negara itu.

Helikopter penyerang baru untuk Kor Marin Korea Selatan itu akan berdasarkan kepada rekabentuk helikopter amfibia MUH-1 Marineon yang turut dibangunkannya.

Menurut KAI, syarikat telah menandatangani kontrak dengan agensi perolehan di bawah Kementerian Pertahanan negara itu iaitu Defense Acquisition Program Administration (DAPA) bernilai US$308.65 juta untuk membangunkan helicopter penyerang itu.

Ia diberikan tempoh selama 46 bulan untuk membangunkan helikopter penyerang itu.

“Projek ini melibatkan pembangunan helicopter penyerang amfibia tempatan yang mampu melindungi helicopter amfibia Kor Marin dan unit-unit pengempur serta memberikan bantuan tembakan kepada unit kombat yang lain ketika serangan dan operasi terakhir,” menurut KAI.

Marineon

KAI mula mengumumkan mengenai keperluan helicopter penyerang amfibia untuk Kor Marin pada April tahun lepas dan menjelaskan bahawa ia berhasrat untuk memperolehi di antara 20 hingga 24 buah helicopter berkenaan dengan nilai US$1.44 bilion.

Ia juga menjangkakan program pembangunan helicopter penyerang amfibia itu akan dilakukan di antara 2022 hingga 2031.

Tumpuan utama operasi helicopter penyerang amfibia itu adalah di kumpulan pulau yang terletak di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan.

Helikopter penyerang amfibia yang bakal dibangunkan itu juga harus beroperasi bersama-sama dengan helicopter Marineon, yang sudah pun beroperasi dengan Kor Marin Korea Selatan.

Marineon
Helikopter Marineon yang dibangunkan secara bersama oleh KAI dan Eurocopter.

 

Keperluan untuk membangunkan sendiri helicopter amfibia tempatan itu timbul selepas kajian oleh DAPA menunjukkan bahawa mengoperasikan helicopter sedemikian untuk beroperasi dengan kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Korea Selatan adalah lebih kos-effektif berbanding membeli helicopter buatan syarikat asing.

Program perolehan helicopter penyerang amfibia untuk Kor Marin Korea Selatan itu bermula pada 2019 dengan lima syarikat telah menunjukkan minat untuk memenuhi keperluan itu, terdiri daripada syarikat Bell Textron AH-1Z Viper, Boeing dengan AH-64E Apache Guardian, Turkish Aerospace dengan T-129 ATAK, Lockheed Martin-Sikorsky dengan S-70i serta  KAI dengan helicopter Marineon KAI.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Helikopter penyerang amfibia yang bakal dibangunkan untuk Kor Marin oleh syarikat KAI itu akan dilengkapi dengan meriam 20mm, peluru berpandu anti-kereta kebal Chungum (Sky Sword) dan roket 70mm.

Ia juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat seperti FIM-92 Stinger. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...