Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Lakukan “Latihan” Tentera Selepas Penerbangan Provokatif B-1B Lancer

0 471

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dikatakan mengerah tentera lautnya mengadakan “latihan” di empat lokasi berasingan di Laut China Selat sebagai reaksi balas terhadap penerbangan “provokatif” pesawat-pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat.

Menurut notis-notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa maritim China, “latihan-latihan tentera” itu akan bermula daripada 29 Dis lepas hingga 7 Jan tahun depan.

lancer
Empat lokasi kawasan “latihan” tentera laut China di Laut China Selatan. (kredit Duan Dang)

Beijing mengerahkan supaya diadakan “latihan-latihan tentera” itu sejurus selepas pesawat-pesawat pengebom strategik Uncle Sam B-1B “Lancer” melakukan beberapa penerbangan begitu hampir dengan Pulau Hainan serta Kepulauan Paracel.

Sebagaimana yang kita tahu, Pulau Hainan menempatkan pengkalan laut Yulin yang merupakan pengkalan laut paling utama di Laut China Selatan, yang merupakan penempatan kapal selama utama China termasuk yang berkuasa nuklear. Manakala Pulau Woody di Paracel juga adalah pengkalan tentera utama negara itu.

lancer
Kapal-kapal selam berkuasa nuklear China di pengkalan laut Yulin.

Menurut pemerhati ketenteraan, pihak Amerika Syarikat telah mengerahkan pesawat-pesawat pengebom strategiknya itu melakukan dua penerbangan provokatif di Laut China Selatan dalam tempoh tujuh hari.

Mengapa ia dikatakan provokatif? Pada 23 Disember lepas sebuah pesawat B-1B Lancer terbang kira-kira 25 batu nautika daripada Qilian Yu di Pulau Paracel.

Pesawat pengebom strategic itu juga terbang begitu hampir dengan pengkalan laut Yulin, iaitu hanya 100 batu nautika daripada pengkalan laut terpenting China di Laut China Selatan, menggemparkan tentera China.

Lancer
Kedudukan pengkalan laut Yulin.

Lima hari kemudian pada 28 Disember, sebuah lagi pesawat pengebom strategic  B-1B Lancer melakukan penerbangan yang hampir sama iaitu menghampiri secara provokatif pengkalan laut tentera laut China di Yulin, Pulau Hainan.

Dalam kedua-dua penerbangan provokatif pesawat B-1BLancer itu, pihak China telah mengerahkan dua buah pesawat pejuang J-11 Shenyang di Pulau Woody, Paracel untuk memerhati pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat itu.

lancer
Pesawat J-11 Shenyang Tentera Udara China.

Nampaknya sasaran kedua-dua penerbangan provokatif pesawat B-1B Lancer itu adalah Pulau Hainan yang menempatkan pengkalan laut Yulin.

Lancer

Dengan kemampuan membawa sehingga 17 tan senjata di dalam weapon bays termasuk Long Range Anti Ship Missile (LRASM), Joint Stand-Off Weapon (JSOW) dan Joint Air to Surface Standoff Weapon (JASSM), maka kehadiran pesawat Variable Sweep Wing begitu hampir dengan aset tentera terpenting China memang menggerunkan Beijing.

Sebab itulah, negara Komunis itu mengerahkan aset-aset tentera lautnya untuk berhadapan dengan tindakan provokatif pesawat-pesawat B-1B Lancer itu yang secara jelas telah mengancam pengkalan tentera laut Yulin.

lancer
Imej satelit menunjukkan kapal-kapal tentera laut China belayar ke kawasan lokasi latihan. (kredit Duang Dang)

Bagaimanapun, kerahan tentera China itu dipanggil “latihan” sebagai suatu penyamaran (camouflage) untuk mengabui pandangan dunia luar serta untuk tidak meresahkan rakyatnya yang mungkin panik jika mereka tahun bahawa negara mereka dan Amerika Syarikat a step closer to an armed conflict.

Kerahan aset-aset tentera laut China di empat lokasi “latihan tentera” itu turut membabitkan kapal destroyer Type 052D dan friget 054A yang dilengkapi dengan sistem-sistem pertahanan udara HHQ-9 dan HHQ-16, mungkin sebagai amaran bahawa Beijing tidak mungkin akan bersabar lagi jika B-1B Lancer melakukan penerbangan provokatif lagi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...